CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Surah Anak Yatim Rahsia Raih 12 A SPM

8-6-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1278| Komen: 13

Description: Rahsia kejayaan anak yatim mencapai keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah dengan mengamalkan tiga surah iaitu surah Al Kahfi, Ar Rahman dan Al Waqiah.Moh ...
Rahsia kejayaan anak yatim mencapai keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah dengan mengamalkan tiga surah iaitu surah Al Kahfi, Ar Rahman dan Al Waqiah.


Mohd. Jamaluddin Hafizi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa di sini berkata, selain itu, dia juga bangun pada pukul 3 pagi untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran setiap hari.

Menurutnya, kejayaan memperoleh 12 A merupakan hadiah untuk arwah bapanya yang meninggal dunia akibat darah tinggi lima tahun lalu.


MOHD. Jamaluddin Hafizi bersama ibunya menunjukkan slip keputusan SPM 2023 selepas dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang sekolah YIK selepas memperoleh keputusan 12A di Maahad Tahfiz Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH

“Saya dibesarkan bersama lima lagi adik-beradik sepenuhnya oleh ibu, Siti Hanum Zulkifli, 47, sejak arwah bapa tiada.


“Kecekalan ibu membesarkan kami enam beradik membuatkan saya tekad untuk terus belajar dan mencapai kejayaan bagi masa depan yang lebih baik kelak,” katanya ketika Utusan Malaysia di Maahad Tahfiz Sains Tok Guru di sini hari ini. 

Mohd. Jamaluddin merupakan antara enam pelajar terbaik sekolah itu di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Maahad Tahfiz Sains Tok Guru turut dinobatkan sebagai sekolah terbaik YIK dengan pencapaian nilai purata Gred Purata Sekolah (GPS) 2.40 untuk SPM 2022.

Mengulas lanjut, Mohd. Jamaluddin memberitahu, dia berhasrat menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 8-6-2023 04:34 PM
Tahniah
Quote tintin22 8-6-2023 04:36 PM
Alhamdulillah,tahniah
Quote ifanonline 8-6-2023 04:40 PM
terbaik, hati yg tawadduk mudah mendapat ilmu

jgn jadi mcm sesetengah forumer cari.com yg kuffar
Quote twins 8-6-2023 05:33 PM
Alhamdulillah.... seronok ibu nya ...
Quote che-cikL 8-6-2023 07:29 PM
Alhamdulillah, tahniah buat anak dan ibu.
Serupa mukanya dgn ibunya.
Quote FlexyFox 8-6-2023 07:36 PM
Tahniah. Berjaya dlm ilmu dunia dan akhirat. Pandai mak bapa mendidik. Semoga terus berjaya dan dpt berbakti kpd masyarakat.
Quote mejaputih 8-6-2023 09:30 PM
Alhamdulillah semoga kekal berjaya di dunia dan akhirat..
Quote spankee_fili 8-6-2023 10:40 PM
Tahniah adikkkk..
Iols pening baca tajuk thread, sebab tu tak dapat 12A
Quote likilu 9-6-2023 11:07 AM
Surah anak yatim ingatkan surah aro ai tallazi .....

Reporter tak sekolah tak ngaji quran ke yg gelap hati sangat tak reti punctuation?? Lol
Quote Tinot7 9-6-2023 11:09 AM
Alhamdulillah.. moga berjaya sambung blajaq..
Quote seri_mawr 9-6-2023 02:20 PM
semoga terus berjaya...dunia dan akhirat
Quote pekanwoohoo 9-6-2023 02:32 PM
Aku yang bangang ke reporter yang bangang dengan tajuk ni?
Quote namr 9-6-2023 02:39 PM
Edited by namr at 9-6-2023 02:40 PM

baca tajuk ni mmg confirmlah spm reporter cari.com tak dpt 12A..and bm gagal

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056941 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top