CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dirempuh 'Kancil' Lepas Solat Isyak Ingat Luka Biasa, Sekali Kena Potong Jari

7-6-2023 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 333| Komen: 1

Description: Anak saudara mangsa langgar lari di Taman Banang, di sini, malam semalam, terkilan bapa saudaranya itu, Abu Bakar, 61, cedera hingga terpaksa dipotong jari kakinya."Mula-mula ingat luka biasa rupanya ...
Anak saudara mangsa langgar lari di Taman Banang, di sini, malam semalam, terkilan bapa saudaranya itu, Abu Bakar, 61, cedera hingga terpaksa dipotong jari kakinya.

"Mula-mula ingat luka biasa rupanya tulang terkeluar dan kena potong jari.


"Tergamak dia (pemandu) meninggalkan pak cik saya dalam keadaan terbaring atas jalan, mujurlah ada pengguna jalan raya lain kebetulan melalui kawasan itu dan segera hulurkan bantuan," kata Fathur Aysraf, 31.


ABU BAKAR ketika menerima rawatan di sebuah klinik sebelum dirujuk ke HSNI, Batu Pahat. FOTO Ali Iqbal

Fathur berkata kejadian berlaku pada jam 8.50 malam ketika Abu Bakar yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kurnia selepas menunaikan solat Isyak di surau Taman Banang, sebelum dirempuh sebuah kereta dipercayai kereta jenis Perodua Kancil.

"Selepas kemalangan itu, seorang pengguna jalan raya menghulurkan bantuan dan menghantar pak cik pulang ke rumah.


"Mula-mula ingat dia luka biasa, kami pun bawa ke sebuah klinik. Namun, kami dinasihatkan supaya merujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismal (HSNI).

"Bagaimanapun, semasa sedang mencuci luka di jari kaki pak cik, doktor ternampak tulang terkeluar dan meminta kebenaran untuk memotong jari itu," katanya ketika ditemui.

Justeru, Fathur berkata, ahli keluarganya sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran bagi mengenalpasti pelakunya.

Katanya, setakat ini belum ada pihak tampil mengakui melanggar bapa saudaranya memandangkan tiada pengguna jalan raya lain berada di lokasi ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 7-6-2023 10:18 PM
wait…. takleh ke operate masukkan tulang tu balik?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.043921 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top