CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Melutut Di Medan Selera Tak Diizinkan Makan, Ditengking Ibu

7-6-2023 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2769| Komen: 72

Description: Tular gambar sebuah kejadian di Singapura di mana seorang wanita membuat anaknya melutut dan meminta maaf kepadanya di hadapan orang ramai di sebuah medan selera.Laman berita Stomp semalam melaporkan, ...
Tular gambar sebuah kejadian di Singapura di mana seorang wanita membuat anaknya melutut dan meminta maaf kepadanya di hadapan orang ramai di sebuah medan selera.

Laman berita Stomp semalam melaporkan, gambar kejadian itu disiarkan di laman Instagram @sgfollowsall pada 31 Mei lalu.


Menurut catatan di laman itu, individu yang merakam gambar tersebut berkata, ibu berkenaan telah membuatkan anaknya itu berlutut dan meminta maaf kepadanya.


IG

“Cara dia berlutut kelihatan seperti dia telah melakukannya (kesalahan) 100 kali (sebelum ini),” katanya.

Wanita itu juga menjerit kepada budak lelaki tersebut yang turut mengganggu pengunjung di sekeliling mereka.

Pada satu ketika, bapa budak lelaki itu, yang duduk bertentangan dengan mereka memberitahu isterinya agar membenarkan budak lelaki itu makan tengah hari.

“Keseluruhan kejadian ini berlaku selama kira-kira sejam dan ia terasa seperti sejam paling lama dalam hidup saya,” kata seorang individu.




Punca kejadian itu bagaimanapun tidak dinyatakan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-6-2023 10:41 PM
Cina???....

Jgn la malukan anak depan orang ramai...

X sanggup aku tgk...bodoh punya mak ayah
Quote FlexyFox 7-6-2023 10:41 PM
Ibunya ada mental issues... perangai extreme. Kesiannya budak ni. Trauma sampai ke tua lah dibuat begitu dah la di public space, masuk socmed pula. Kenapalah ada manusia  sanggup musnahkan anak sendiri...
Quote FlexyFox 7-6-2023 10:43 PM
I just wished somebody called the police. Child abuse tu...
Quote Tinot7 7-6-2023 10:55 PM
Singapura takde jkm ka pulis ka apa yg komuniti deme bleh wat aduan? Iols dgr drp rakyat singapura sendiri yg deme ada website anonymous ytj masyarakat bg aduan secara anonymous yg dipantau kerajaan.. pastu, nnt org yg deme komplen tu tiber dpt panggilan pulis la cenggitu..
Quote gideoncross 7-6-2023 11:12 PM
noor2 replied at 7-6-2023 10:41 PM
Cina???....

Jgn la malukan anak depan orang ramai...

Bngsa ni klau dh naik minyak, mmg x ingt dunia lgi.
Quote gideoncross 7-6-2023 11:13 PM
FlexyFox replied at 7-6-2023 10:41 PM
Ibunya ada mental issues... perangai extreme. Kesiannya budak ni. Trauma sampai ke tua lah dibuat be ...

Mmg dh gila mak budak ni.
Quote FlexyFox 7-6-2023 11:23 PM

laki dia patut bawa jumpa psychiatrist sebelum penyakit lebih teruk. I ada kenal pompuan yg extreme mcm ni, semakin teruk dan teruk perangai dia sampai  lama kelamaan dia bermusuh byk org, sebabnya perkara2 kecil pun dia terlalu sensitif, tak boleh bertolak ansur. jadi mental tak stable, lama2 badan jadi lemah dan jatuh sakit.
Quote Supersirap 8-6-2023 12:00 AM
Berpada-pada jika hendak memarahi anak
Quote B40tastePosh 8-6-2023 01:02 AM
noor2 replied at 7-6-2023 10:41 PM
Cina???....

Jgn la malukan anak depan orang ramai...

Cina asuh anak memang camtu la.

Sebab tu bila anak tu dah besar, dia jenis hati kering.
Quote habisnamadahni 8-6-2023 01:51 AM
kau tunggu anak kau besar..camtu la kau nanti kena balik
Quote anony-mous 8-6-2023 03:46 AM
B40tastePosh replied at 8-6-2023 01:02 AM
Cina asuh anak memang camtu la.

Sebab tu bila anak tu dah besar, dia jenis hati kering.

Bdk laki ni dah besar mesti jd boss besar sbb disiplin tggi
. Pastu jenis ni la yg bakal jd boss kapitalis buli pekerja. Either that or mati bunuh diri
Quote Suchi 8-6-2023 07:18 AM
Dah tu ayah dia tak berbuat apa2 kah?
Iols pun kadang tak suka laki masuk campur bila nk disiplinkan anak sbb takmo spoil menda yg dah iols usahakan cth mcm tak bg main tepon ke, nk suh tidur awal ke, suh mkn real food takmo jajan ke apa tp bknlaa penderaan gini kat public.

Esok2 dh besor anak tu akan salahkan bapak tu gak sbb tak berbuat apa2.
Mcm ada forumner yg bengang ngn mak dia yg toxic bila dah dewasa ni dia selalu salahkan ayah dia yg tak berbuat apa2 tu. Ayahnya yg ikut je apa mak dia nk buat.
Quote noor2 8-6-2023 07:23 AM
anony-mous replied at 8-6-2023 03:46 AM
Bdk laki ni dah besar mesti jd boss besar sbb disiplin tggi
. Pastu jenis ni la yg bakal jd boss k ...

Tu bukan discipline tinggi...tu mengaibkan anak...budak tu membesar dgn penuh rasa malu dan marah serta memberontak
Quote Samerosie 8-6-2023 07:31 AM
Well, dah tua esok kau lak melutut kat dia.  Abis kau di buat nya kau nanti.  Kalau nak marah pun tunggu balik ini malukan budak tu siap suruh melutut terjerit2 kat public lak tu.  Yg bapak dia tu pun tak de tote ke.  Selalu singapore ni cepat je panggil polis ni tak dak siapa ke call?
Quote midori888 8-6-2023 08:21 AM
boring tgk parents yg sibuk nak discipline anak2 in public as if nak bgtau public, lihatlah dunia, cara aku mendidik anak adalah yg terbaikkkkk

Quote ally9970 8-6-2023 09:08 AM
Pelawak singapork kata dorang ni 1st class world mentality...so inilah kot mentaliti singapork yg 1st class tu....
Quote twins 8-6-2023 09:11 AM
Apa ????  Singaporean ???  oooooo.... paham...
orang-orang first world country la kata kannnnn...
Quote pp_gurl 8-6-2023 09:14 AM
ada sekali tu aku g shopping mall kat Subang jaya tu...blh plak mak dia marah2 jerit kat anak dia sampai satu mall tu dgr. aku kat tgkt atas..blh dgr mak dia menjerit2 marah anak dia...ca ya nun alip.
Quote ketambangkang 8-6-2023 09:34 AM
cina ape kesah, dorg kalau nak jerit kat anak dorg main jerit je walau depan2 org

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.257999 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top