CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Pancing Udang, Ingatkan Sampah Rupanya Mayat Yang Terapung

7-6-2023 09:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 324| Komen: 1

Description: Penemuan mayat terapung mengejutkan pemancing udang di tebing Sungai Kelantan di Kampung Surau Kota di Kota Bharu hari ini.Samsudin Omar, 64, berkata, dia bersama beberapa rakannya yang memancing udan ...
Penemuan mayat terapung mengejutkan pemancing udang di tebing Sungai Kelantan di Kampung Surau Kota di Kota Bharu hari ini.

Samsudin Omar, 64, berkata, dia bersama beberapa rakannya yang memancing udang di kawasan itu kira-kira pukul 8.30 pagi menyangka objek yang kelihatan seperti seperti sampah itu merupakan mayat seorang lelaki.



Mayat mangsa dibawa menaiki trak polis untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelatan hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

Menurutnya, dia melihat mayat tersebut terapung sejauh 100 meter dari lokasi memancing sebelum memanggil dua lelaki yang sedang menaiki bot untuk melihat keadaan lelaki tersebut dengan lebih dekat.

“Dua lelaki itu kemudiannya menghampiri mayat seorang lelaki berpakaian lengkap dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an yang berada dalam keadaan tertiarap.

“Mayat berkenaan sudah berbau. Berdasarkan keadaan ketika itu, dia dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam dan hanyut ketika air Sungai Kelantan pasang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.


Samsudin memberitahu, lokasi tersebut menjadi lubuk untuk memancing udang sejak tiga tahun lalu dan dia tidak menyangka akan berjumpa mayat orang mati hari ini.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Che Min 50-an, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas terdengar jeritan orang ramai yang memaklumkan ada mayat di tebing sungai tidak jauh dari gerainya.

“Saya bergegas ke tebing dan melihat mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian, namun sudah berbau,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 8-6-2023 12:49 PM
Udang suka makan bangkai… sbb tu kalau ada udang adalah buaya.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041576 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top