CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Jemaah Haji Minta Turun Pesawat Mahu Beri Ayam Makan

5-6-2023 01:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1419| Komen: 29

Description: Jakarta: Video seorang bakal jemaah haji warga emas dari Jawa Barat, Indonesia, secara tiba-tiba meminta untuk turun dari pesawat kerana mahu memberi ayamnya makan, tular di media sosial.Bakal jemaah ...
Jakarta: Video seorang bakal jemaah haji warga emas dari Jawa Barat, Indonesia, secara tiba-tiba meminta untuk turun dari pesawat kerana mahu memberi ayamnya makan, tular di media sosial.

Bakal jemaah haji itu, Juhani, 95, dari daerah Malajengka, tular di media sosial, ketika beliau menghampiri seorang pramugari dan meminta untuk turun, sedangkan pesawat berkenaan sudah hampir mendarat di Madinah.

Dalam keterbatasan bahasa, pramugari itu hanya mengangguk dan tertawa serta mengisyaratkan Juhani supaya kembali ke tempat duduknya.

Viral jemaah haji asal Majalengka, Jawa Barat, Juhani (95) meminta turun dari pesawat untuk memberi makan ayamnya. - Foto Tribunnews.com

Memetik laporan Tribunnews , tindakan Juhani, yang lebih mesra dipanggil abah Juhani itu mengundang ketawa penumpang lain.

Petugas haji dari Majalengka, Yuyud Aspiyudin, yang merakam video berkenaan, berkata selepas mendapat pengesahan daripada anak Juhani, dia sebenarnya tidak mempunyai ayam.


Bagaimanapun, Juhani sememangnya memberi makan kepada ayam milik anaknya setiap hari.

"Anaknya yang mempunyai ayam. Abah tiada ayam tetapi setiap hari, dia memberi makan ayam itu," katanya.

Selepas diperiksa, didapati Juhani kerap bercerita mengenai ayam kepada bakal jemaah lain.

Mengenai keadaan kesihatan Juhani, Tenaga Kesehatan Haji (TKH) Kloter KJT 1, Dr Amalia Pratiwi D, berkata warga emas itu mengalami kegelisahan kerana kali pertama menaiki pesawat.

Bukan itu saja, Juhani tidak mahu duduk dan terus mundar-mandir ke depan dan belakang pesawat.

Dia juga disahkan mengalami demensia atau susut daya ingatan.

"Diagnosanya memang demensia. Pertama, kerana usianya lebih 60 tahun sehingga mengalami penurunan daya ingatan," kata Dr Amalia.

Dr Amalia berkata, keadaan Juhani belum stabil sepenuhnya, malah dia kelihatan tidak ingat yang dia dalam perjalanan untuk melakukan ibadah haji.

Setibanya di Madinah, Dr Amalina membawa Juhani bertemu doktor pakar dan kesan ubat yang diberikan, Juhani lebih tenang.

"Alhamdulillah, beliau lebih tenang sekarang dan sedar yang beliau akan menunaikan ibadah haji," katanya.

Kini, fizikal Juhani dalam keadaan baik, malah selepas ditunjukkan rakaman videonya yang tular, dia hanya ketawa. - Agensi


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 5-6-2023 02:51 PM
Dah tua mcm ni baru nk p haji mmg menyusahkan
Quote Rogue98 5-6-2023 02:57 PM
Semoga mendapat haji yg mabrur. Lama dia kumpul duit baru dapat rezeki nak pergi. Tu pun masih teringat ayam itik semua.
Quote Zack8hunter 5-6-2023 03:19 PM
kalau Tabung Haji lps tak kes mcm ni? sbb dgr saringan kesihatan dah ketat thn ni
Quote honeybee1802 5-6-2023 03:27 PM
Zack8hunter replied at 5-6-2023 03:19 PM
kalau Tabung Haji lps tak kes mcm ni? sbb dgr saringan kesihatan dah ketat thn ni

Siap ada dimentia..kalo th tak lepas la...
Quote Tinot7 5-6-2023 03:55 PM
Moga2 slamat menunaikan ibadah haji..
Quote hareeeesah 5-6-2023 04:15 PM
Semoga dipermudhkan urusan ibadah diterima.. dh tertulis br rezeki dia nk dpt pegi nk buat mcm mana, rezeki & ujian at the same time
Quote batu kikir 5-6-2023 05:00 PM
Pak Cik ni pergi Haji betul2 guna duit dari kudrat sendiri.
Tiada istilah 25%, 30%.......sesambil makan gaji buta tak buat kerja
Quote noor2 5-6-2023 05:36 PM
Kalau dah nyanyuk...sah ke ibadat?...
Quote liyamariska 5-6-2023 07:54 PM
ai curious boleh ker menunaikn haji kalu dh dementia sbb tak silap syarat utk tunai haji sihat tubuh badan...
Quote imransulaiman 5-6-2023 10:22 PM
Semoga atok berjaya menjalankan ibadat haji dan umrah dengan mudah. Semoga Allah sembuhkan beliau daripada penyakit dementia walau hanya untuk masa beribadat di sana.. Aaamiin.

Musim haji ni tak sama banding umrah biasa di luar musim. Ujian lebih tinggi. Banyak contoh terjadi depan mata.

Betul...memang lebih baik tunaikan haji di usia muda dan masa sihat...tapi rezeki jadi tetamu Allah ni berbeza satu hamba dengan hamba lain. Saya doakan anda yang membaca ni dijemput menjadi tetamu Allah pada usia muda dan sihat cergas. Aaamiin.


#rindu
Quote ejans 5-6-2023 10:53 PM
Harap pakcik ni selamat pergi dan balik..
Kalau dementia mmg kena ada org 24 jam jaga dia betul2..
Boleh hilang dkt sana tu kalau x jaga.. nak2 tpt baru.. keupayaan dia nak adapt tpt baru susah utk pesakit dimentia..
My mum dementia.. tiba2 rasa sedih sgt dgr
Quote Buritan 5-6-2023 11:02 PM
liyamariska replied at 5-6-2023 07:54 PM
ai curious boleh ker menunaikn haji kalu dh dementia sbb tak silap syarat utk tunai haji sihat tubuh ...

Tak Tau laa.. tp Ade member ckp kat mesia sakit sampai mekah sihat gagah.. tanah mekah sis..
Quote ladybugz 6-6-2023 07:59 AM
Buritan replied at 5-6-2023 11:02 PM
Tak Tau laa.. tp Ade member ckp kat mesia sakit sampai mekah sihat gagah.. tanah mekah sis..

statement ni mmg betul. mmg ramai mcm ni. kuasa Allah semuanya. kdg2 yg pergi sihat walafiat sampai kat sana diuji dgn sakit. ada seorg makcik ni mmg ada penyakit kencing manis kalau kat malaysia sentiasa la x sihat x larat. tp sampai kat sana sampai suami dia pun terkejut. senang mudah n kuat utk buat ibadat. siap boleh jalan laju tinggalkan org yg lebih muda. bila ditanya, dia sentiasa buat solat hajat n tahajjaud setiap hari supaya diberikan kekuatan utk membuat ibadah haji. tahun ni dia telah meninggal dunia setelah beberapa tahun menunaikan ibadah haji. very inspired by her.
Quote Simunggu 6-6-2023 08:00 AM
belum sampai mekah..Allah dah nak bagi nampak sesuatu...
Quote Buritan 6-6-2023 08:06 AM
ladybugz replied at 6-6-2023 07:59 AM
statement ni mmg betul. mmg ramai mcm ni. kuasa Allah semuanya. kdg2 yg pergi sihat walafiat sampa ...

Tu laa.. aku bab tnh mekah aku tak brani ckp lelebih.. aku nak pi sana pun aku takut sbb aku ni bknnya baik mana pun... Kot kat sana Allah uji aku.. haruuu..

Cuma abg aku pundek sial laki bini pi sana ok jee.. tak puas ati jgk aku sbb dia tak kena.. hahaha..
Quote ladybugz 6-6-2023 08:18 AM
Buritan replied at 6-6-2023 08:06 AM
Tu laa.. aku bab tnh mekah aku tak brani ckp lelebih.. aku nak pi sana pun aku takut sbb aku ni bk ...

ada je diuji tu. cuma ramai x bercerita sbb sampai sana mmg kita dinasihatkan bila balik malaysia ceritakanlah pengalman yg baik2. ujian kita tu exclusive utk kita sendiri. ujian tu bukanlah satu punishment. sbnrnya cara Allah kasihkan kita juga. semua yg pergi haji semuanya org yg berdosa takdak pun yg maksum. i doakan semoga u dapat pergi kesana n mendapat haji yg mabrur.
Quote Buritan 6-6-2023 08:31 AM
ladybugz replied at 6-6-2023 08:18 AM
ada je diuji tu. cuma ramai x bercerita sbb sampai sana mmg kita dinasihatkan bila balik malaysia  ...

Betul hang ckp.. aku harap abh aku blk Dr sana berubahlaa.. tp aku tgk LG teruk adelaa.. hahaha

Terima kasih ko doakan aku dpt haji mabrur jika dpt pi sana.. mmg nak kesana pun.. bila dpt pi entahh tak tau
Quote rospinki 6-6-2023 08:52 AM
Buritan replied at 5-6-2023 11:02 PM
Tak Tau laa.. tp Ade member ckp kat mesia sakit sampai mekah sihat gagah.. tanah mekah sis..

betul kt sana yg sihat walafiat pun bole jadi nynanyok juga sebaliknya. tu pak sedara aku sorg belah ex husbaby buta smpi sana berkat rezeki Halal mudah lurus hajinya dahla pegisorg2 smpi sana dari mana dtgnya hamba Allah ni pimpin pacik ni smpi tempat lontar batu buat smua smpi habis. masa kita amik dia kt epot kelihatan sorg pacik muka gelap hitam terbakar..kita buat2 tak nmpk je lah.
Quote Buritan 6-6-2023 08:56 AM
rospinki replied at 6-6-2023 08:52 AM
betul kt sana yg sihat walafiat pun bole jadi nynanyok juga sebaliknya. tu pak sedara aku sorg bel ...

Bertuah sedara hang no.. aku mengharap abg aku kena mcm tu laa muka terbaik itam ke.. hanaba.. jahat aku

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048654 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top