CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Gelandangan, 3 Remaja Ditahan

5-6-2023 03:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 432| Komen: 4

Description: Klang: Polis menahan tiga remaja lelaki yang dipercayai memukul lelaki gelandangan selepas rakaman video perbuatan mereka itu tular di media sosial, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asis ...
Klang: Polis menahan tiga remaja lelaki yang dipercayai memukul lelaki gelandangan selepas rakaman video perbuatan mereka itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua remaja warga tempatan berusia 16 tahun itu ditahan sekitar daerah ini, kira-kira 3 pagi, hari ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.


Laporan Terdahulu Harian Metro

"Hasil siasatan mendapati, ada tiga kejadian membabitkan tiga mangsa berbeza, justeru polis mempergiatkan usaha untuk mengesan mangsa lain

"Kesemua suspek direman tiga hari sehingga Rabu ini. Polis juga masih mencari seorang lagi lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Semalam media melaporkan, suspek dipercayai memukul seorang lelaki gelandangan menggunakan pemukul besbol besi di bawah jambatan Pelabuhan Klang dan berhampiran Lembah Beringin.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-6-2023 03:50 PM
punca/sebab....TIDAK DIKETAHUI...
Quote giyomi 7-6-2023 06:15 PM
kurang ajaq...fullstop
Quote fefeeling 7-6-2023 06:29 PM
Ko fefeeling cite the purge ke dik ala2 keluar town habis semua homeless ko nak tibai??
Quote antikorok 9-6-2023 04:41 PM
4 termasuk 3 budak sekolah mengaku tak bersalah pukul gelandangan
Oleh
Auzaee Athallah -

June 9, 2023












Chan Jia Jing, 19, bersama-sama tiga lagi remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gelandangan, awal bulan lalu.


EMPAT termasuk tiga orang murid sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas satu pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang gelandangan awal bulan lalu.


Kesemua tertuduh, Chan Jia Jing, 19, bersama-sama tiga lagi remaja berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sarulatha Paramavathar, pagi ini.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berbangsa India berusia 67 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah pasar raya di Lebuh Berangan Pelabuhan Klang, Klang sekitar jam 3.30 pagi pada 8 Mei lalu.

Justeru, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Timbalan Pendakwaraya, Nurul Jannah Aimi mencadangkan agar kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 selain syarat tambahan agar mereka tidak menganggu mangsa.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Tham Weng Kin memohon jaminan rendah terhadap anak-anak guamnya memandangkan mereka masih dalam tanggungan keluarga.

Dalam pada itu, kesemua tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang remaja berusia 17 tahun di hadapan sebuah sekolah di sekitar Pandamaran, Klang.
Perbuatan yang didakwa dilakukan sekitar jam 1.10 pada hari yang sama.

Majistret Sarulatha membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM2,000 dan menetapkan tarikh sebutan pada 28 Julai depan.

Sebelum ini, UtusanTV melaporkan tiga remaja lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul gelandangan di kawasan bawah jambatan sekitar Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, seorang suspek yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala dua lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Manakala seorang lagi suspek kejadian itu diberkas di sekitar Shah Alam pada jam 9.50 malam kelmarin.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa telah melihat beberapa klip video memaparkan sekumpulan individu memukul lelaki gelandangan menggunakan pemukul besbol jenis besi.

https://utusantv.com/2023/06/09/4-termasuk-3-budak-sekolah-mengaku-tak-bersalah-pukul-gelandangan/





Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040205 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top