New Delhi: Sepasang pengantin baharu di India ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung pada masa yang sama, sehari selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung, lapor laman berita Wion News semalam.
Mayat Pratap Yadav, 24, dan isterinya, Pushpa Yadav, 22, ditemui di rumah mereka pada pagi Khamis lalu di kampung Godhiya. Siasatan mendapati pasangan itu tidak mempunyai sejarah masalah jantung. Menurut polis, mereka mungkin mengalami sesak nafas ketika tidur di dalam bilik yang kurang pengudaraan lalu menyebabkan serangan jantung. “Walaupun tiada tanda pecah masuk atau kesan kecederaan pada badan pasangan itu, laporan bedah siasat mendapati mereka mengalami serangan jantung pada masa yang sama. “Kami sedang menyediakan garis masa bagi setiap perkara yang dilakukan pasangan itu sehari sebelum kematian mereka dan apa yang mereka makan.
“Selain itu, sepasukan pakar forensik memeriksa bilik itu untuk mencari punca kematian mereka,” kata inspektor di balai polis Kaiserganj, Rajnath Singh. – Agensi Sumber: Kosmo! Online
|
plywood replied at 5-6-2023 11:27 AM
keracunan?
Covid vaccine?
green~tea replied at 5-6-2023 12:14 PM
Kalo kat ofis aku ni.. terpaling byk main santet adalah kelly ng
green~tea replied at 5-6-2023 12:14 PM
Kalo kat ofis aku ni.. terpaling byk main santet adalah kelly ng
Tinot7 replied at 5-6-2023 03:49 PM
Main santet ni santau ka apa?
Camne hang tau deme main? Takkan deme ngaku?
mojarean_X replied at 5-6-2023 01:42 PM
Iols dgr sihir dorang lg bahaya
green~tea replied at 5-6-2023 03:52 PM
Sihir ler... mmg deme ngaku....
green~tea replied at 5-6-2023 03:56 PM
Betui..
Kalo bab pelaris, sihir siam tu geng chinese mmg sangat ramai crossing border thai...
Tinot7 replied at 5-6-2023 03:59 PM
Isk.. takkan main sihir pun nak ngaku? Kang takde sapa nak kawan.. eeww sgt pangai.. deme main sih ...
Tinot7 replied at 5-6-2023 04:00 PM
Nak pi berjemaah kat dlm hutan tu rasanya orgy.. bknnya sihir sgt.. sihir hanyalah kaver utk xtvt ...
green~tea replied at 5-6-2023 04:17 PM
Sihir supaya bosses sayang...
green~tea replied at 5-6-2023 04:22 PM
Eh takkan lah orgy uolz.. ni activity sihir menyihir mak bapak anak2 join... jiran iolz muslim rev ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
25-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062686 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.