CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Cedera, Bas Persiaran Rempuh Lori Ais

5-6-2023 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 206| Komen: 0

Description: Alor Gajah: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan lori muatan ais di Kilometer 200 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi.Komander Operasi dari Balai Bo ...
Alor Gajah: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan lori muatan ais di Kilometer 200 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Mohd Fadil Saidin berkata, panggilan kecemasan diterima daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada 1.47 pagi.


Keadaan bas persiaran yang remuk di bahagian depan selepas terbabit kemalangan dengan lori ais di KM 200 Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi. Foto Ihsan JBPM Melaka

Katanya, sepasukan sembilan pegawai dan anggota tiba di lokasi, 2.09 pagi.

"Sejurus tiba didapati kemalangan membabitkan bas persiaran dinaiki 17 penumpang dengan lori muatan ais.

"Lima mangsa mengalami kecederaan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita penumpang bas dan pemandu lori ais.

"Semua mangsa sudah dikeluarkan daripada kenderaan sebelum pasukan bomba tiba dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Melaka dengan ambulans KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," katanya dihubungi di sini.


Mohd Fadil berkata, 14 penumpang lain tidak cedera dan pihaknya turut membersihkan tumpahan minyak dan sisa kemalangan di lokasi dan operasi selesai 3 pagi.

Sementara itu, saksi kejadian, R Vikkines, 27, berkata, sebelum kemalangan, bas persiaran itu memotong lori dipandu rakannya di lorong kiri.

"Tiba-tiba bas itu terbabas ke kiri selepas melanggar lori ais di hadapannya sebelum masuk semula ke lebuh raya.

"Saya rasa bas itu dipandu sekitar 100 kilometer sejam kerana kelajuan lori kami 90 kilometer sejam," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.050430 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top