CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Karnival Jom Heboh Di Empat Negeri Bakal Tampil Pertandingan Cosplay

4-6-2023 08:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 468| Komen: 14

Description: Shah Alam: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, empat negeri yang akan dianjurkan KJH selepas ini ialah Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.Karn ...
Shah Alam: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, empat negeri yang akan dianjurkan KJH selepas ini ialah Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.


Karnival Jom Heboh (KJH) yang diadakan di empat negeri selepas ini bakal menampilkan pertandingan Cosplay selepas menerima sambutan yang menggalakkan daripada peminat anime di lokasi pertama Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.

Syed Hussian (empat dari kiri) bersama Rafiq (dua dari kiri), Ahmad Zaini (kiri) dan Nini (kanan) memotong kek dan pulut kuning bersempena sambutan ke -39 tahun TV3 di KJH di Dataran Karnival Stadium Shah Alam. FOTO Asyraf Hamzah

"Bila kita tengok pertandingan Cosplay ini menarik perhatian ramai, kita akan ada pertandingan kostum di setiap lokasi (selepas ini)," katanya selepas upacara memotong kek sempena sambutan ke-39 TV3, hari ini.


Upacara memotong kek itu dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB Rafiq Razali dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar.

Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran dan Ketua Pegawai Eksekutif WOWShop, Datin Norashikin Habibur Rahman.

Nini dalam pada itu turut menyatakan bahawa pihaknya mahu membawa industri anime ke arus perdana di negara ini.

Katanya, ini kerana pihaknya merasakan anime adalah sebuah industri yang besar dan ramai rakyat negara ini terbabit di belakang tabir.

"Kita nak perkembangkan supaya orang ramai tahu kerjaya animasi ini mempunyai banyak peluang.

"Sebagai contoh kalau dilihat Ejen Ali, ia adalah satu produksi yang bagus setaraf dengan animasi antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Nini memaklumkan pihaknya juga akan turut mencari bakat baru untuk pembaca berita di empat negeri yang akan dikunjungi selepas ini.

"Sesiapa yang berminat untuk membaca berita, boleh datang ke Jom Heboh. Selain pembaca berita, kita juga nakkan hos rancangan hiburan dan rancangan sukan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 4-6-2023 09:12 PM
Joommmmmmmmm Heboh so pprt, sooo 2005
Quote dudaberhias 4-6-2023 09:20 PM
tak nak join ke @bipolajourney

gittuhhh...

Quote mojarean_X 4-6-2023 09:28 PM
Astaghfirullah, budaya sebegini ni nk  dipromosikan. Moga PAS menangguk di air keruh dan menggunakan isu ini sbg modal politik PRN ini
Quote sharlenetexas 4-6-2023 09:30 PM
Winnie the pooh ada tak? @pooh~key

Quote Bipolajourney 4-6-2023 09:39 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 09:20 PM
tak nak join ke @bipolajourney

gittuhhh...

pakaian pilihan ala ala acik pata timor jah
@dudaberhias mohon pakai kain pelekat dan bawa jala.
Quote dudaberhias 4-6-2023 09:40 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 09:39 PM
pakaian pilihan ala ala acik pata timor jah
@dudaberhias mohon pakai kain pelekat dan bawa jala.

chuols jangan lupa pakai kecopong serhoper hindu langkasuka...
mengikut budaya negeri kelahiran gittuhh...


Quote Bipolajourney 4-6-2023 09:49 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 09:40 PM
chuols jangan lupa pakai kecopong serhoper hindu langkasuka...
mengikut budaya negeri kelahiran gi ...

negeri mana tu ya @dudaberhias
Quote dudaberhias 4-6-2023 09:51 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 09:49 PM
negeri mana tu ya @dudaberhias

negeri langkasuka kan dah di sebut tu...tempat leluhur chuols lah... ke chuols pendatang dari kerajaan hindu majapahit?
tu yang kemain sentap kena tag2 balik walaupun dia yang kacau kita dulu...




Quote Bipolajourney 5-6-2023 08:37 AM
dudaberhias replied at 4-6-2023 09:20 PM
tak nak join ke @bipolajourney

gittuhhh...

Not my level katanya
Quote dudaberhias 5-6-2023 08:38 AM

level chuolss kena hempuk dek orang je kan semalam lepastu lari terkincit2 gittuh... pagi2 kena tag berjela dan terkebil2 nak taip satu2 kan...


Quote Samerosie 5-6-2023 09:15 AM
Edited by Samerosie at 5-6-2023 09:16 AM

Untunglah Kelantan dah siap ada tak payah buat tema baru.  Reuse recycle reduce


230218-himpit_parade-Ustaz_Zul_Bhari_A_Rahman_fb.jpg
Quote orkid_amani 5-6-2023 11:51 AM
Duuluu mmg havoc beetoiii jom heboh tuu.. phenomena 1Msia sebab ramai artis yg join.konsert free lagu2 best..gerai jualan pun banyak yg creat merchandise utk jomheboh..mmg exclusive utk jom heboh..sapa nk mmg kena p jom heboh beli..skg sapa ja retis yg join jom heboh ni?
Quote cmf_premierleag 5-6-2023 12:00 PM
Yg kt kelantan tu nk cosplay apo? Pakaian lobai lobainita tudung labuh kepam smpi ke tumit ke?
Quote bakingsoda 5-6-2023 12:08 PM
Samerosie replied at 5-6-2023 09:15 AM
Untunglah Kelantan dah siap ada tak payah buat tema baru.  Reuse recycle reduce

ni kat ganu la, tapi boleh je walaun air karat pinjam kejap

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069103 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top