CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Impian Ernie Zakri Nak Tengok Konsert Beyonce Akhirnya Tercapai

4-6-2023 08:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1647| Komen: 18

Description: Hasrat penyanyi Ernie Zakri untuk menonton konsert idolanya iaitu Beyonce Knowles secara langsung akhirnya menjadi kenyataan pada Sabtu.Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, dia sudah lama ...
Hasrat penyanyi Ernie Zakri untuk menonton konsert idolanya iaitu Beyonce Knowles secara langsung akhirnya menjadi kenyataan pada Sabtu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, dia sudah lama memasang impian untuk menonton persembahan penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu dan tidak menyangka ia kini menjadi kenyataan.


Malah Ernie bersama suami, Syamel terbang ke kota London bagi menghadiri Beyonce Renaissance World Tour yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium London.


"Ini impian saya... yang mana kenal saya, tahu la macam mana saya punya suka dengan Beyonce.

"Dulu selalu tanam hasrat nak pergi konsert Beyonce, tapi bila itu tak pernah terfikir," katanya.

Ernie berkongsi keterujaannya itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad selain memuat naik beberapa foto suasana ketika berada di dalam stadium tempat konsert berlangsung.


Dalam pada itu, Ernie memberitahu kegembiraan itu jadi lebih bermakna apabila Syamel menemaninya tambahan pula penyanyi itu yang banyak membantu merakam gambar dan video untuknya.

Kata Ernie, dia berharap, konsert Beyonce bukan terakhir buat mereka suami isteri dan berharap ada rezeki menghadiri persembahan lain bersama.

"Terima kasih sayang Syamel sudi sama-sama tengok konsert. Moga ada rezeki lagi nak pergi konsert lain, amin.

"Banyak video suami rakam, saya tak berapa banyak. tak pandai nak rakam sambil tengok (menonton konsert)," ujarnya.


Bercerita lanjut mengenai pengalaman menonton Beyonce secara langsung, Ernie berkata, dia bertuah kerana penyanyi terkenal itu banyak menyanyikan lagu-lagu kegemarannya.

Kata Ernie, buat masa ini dia belum sempat berkongsi gambar dan video yang dirakam dan berjanji akan memuat naik suasana konsert buat tatapan pengikutnya yang mungkin meminati Beyonce.

"Beyonce banyak menyanyikan lagu daripada album lama dia. Lagi rasa nak menangis semalam. Saya lebih suka Beyonce yang lama, jangan marah!

"Nanti saya kongsi sikit-sikit dekat Instastory, yang mana suka Beyonce, sama-samalah kita kongsi moment ini. Beyhive forever," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-6-2023 09:10 PM
ok tahniah dapat nengok acik beyonce...

iols dapat nengok dah dulu sekali... tapi best oooo beyonce perform...

meskipun sexy tapi entah la energetik betul performance sheols...

memang kalah retis bernombor sekalipun kat malaysia ni... sheols menari terkang2 tahap iols pun tak mampu gaytohhh.... acik2 desa lagi lah kalau menari macam beyonce mau masing2 terbentang dan buki lobos sebab lupa nak berpantang... (macam theyols komen kat ig emma maembong masa sheols beranak haritu)

Quote lucky_peace 4-6-2023 09:17 PM
Acik beyonce ni kerap gak eh bt konsert.
Quote Carcosa 4-6-2023 10:12 PM
Edited by Carcosa at 4-6-2023 10:13 PM

Meols fahami jah keterujaan dia. Lagi plak husband memahami and teman. Terus rasa dihargai dan bahagia
Walaupun meols tak brp kenan dgn si Ernie ni, sbb meols rasa dia annoying
Nih, gambar kat London tu, dah kenapo byk2 tmpt, ko pegi pose dkt situ?    Dahla gelap, shaded, tah apa tah background tu   Asal boleh snap je ke
Quote Nham22 4-6-2023 10:21 PM
lucky_peace replied at 4-6-2023 09:17 PM
Acik beyonce ni kerap gak eh bt konsert.

Die kene lenjan laaa dgn mgtment die... Dh sign kontrak hidop mati... Hahaha.. Ingat boleh rehat kaaaa... Mmg depa kerah kudrat depa kasi buat profit kaw2x..
Quote heythere123 5-6-2023 12:07 AM
lucky_peace replied at 4-6-2023 09:17 PM
Acik beyonce ni kerap gak eh bt konsert.

iols rasa okay je setiap kali keluar album buat tour, boleh la tengok sheols perform lagu baru
Quote heythere123 5-6-2023 12:08 AM
btw katanya harga tix konsert dekat europe lagi murah kan dari dekat US
Quote sleepandream 5-6-2023 01:23 AM
mesti terbeliak2 mata syamel tengok peha beyonce
Quote burungburung 5-6-2023 04:00 AM
buat world tour setahun, rehat 3-4tahun.
tgk Netflix yg kisah Whitney tu. Nak cover cost expenses spending bapak nyer kena buat world tour 70 tmpt. lebih kurang mcm tu lah sbb duit Whitney dah nak habis masa tu.
Quote lasagna 5-6-2023 08:38 AM
kaka ketawa masa shamel tya kat ernie "apsal kena berdiri, kena nyanyi negaraku ke?" adeehhhh ernie bg tau "tu maknanya dia nk kuar laaa".. nampak laa ernie ni excited giler nk tgk beyonce, seating dia tu pun dekat betul dgn stage.
Quote ketambangkang 6-6-2023 09:18 AM
ok la ernie duduk dekat dgn stage..tgk rizulala punye seat mak aih punye lah jauh..sayup2 je nmpk beyonce nye
Quote beta_carotene 6-6-2023 09:21 AM
agaknya kalu berduet dgn beyonce pun xkalah ernie ni
Quote Burong_Hantuk 6-6-2023 10:13 AM
Quote cmf_premierleag 6-6-2023 10:21 AM
Eleh bukan hang sorang je pi tgk..Nellydia Senrose pun gi tgk gak..siap duk dekat dgn stage lg.
Quote Body_language 6-6-2023 10:44 AM
Sbnrnya Acik yonce n utk org Mesia, dia femes pd nama, x femes pd lagu. femes lg lagu2 dia zaman anak impian beliau

memula pikir maybe teori aku salah tp bile kawan2 aku xingat 1 pon lg dia, lps tu tgk jumlah utube viewer dia dari mesia dan lagu2 baru dia x msk spotify top200, ternyata benar.

Aku rasa sbb tu la kot ble retis2 kite up diorg g konsert acik yonce kat Uk ni x jd buah mulut org sgt mcm retis2 g konsert celine n Mariah kat mesia dulu.
Quote KamikuP 6-6-2023 04:34 PM
Syamel dgn influenza katik yg kawin ngan org korea tu adik beradik kah?
Quote dekmieDandy 7-6-2023 10:35 AM
burungburung replied at 5-6-2023 04:00 AM
buat world tour setahun, rehat 3-4tahun.
tgk Netflix yg kisah Whitney tu. Nak cover cost expenses s ...

lady gaga pun pernah sampai negative account dia, pasal tour ni

memang mahal cost nyer

kat malaysia boleh claim sikit dengan gomen kalau konsert, mintak dengan motac rasanya
Quote HelgaPataki 7-6-2023 11:09 AM
Ernie mcm betul2 minat ya, lagu2 yg dia sing along masa konsert tu mcm bukan lagu yg famous kat mainstream
Quote supernaturalee 7-6-2023 03:28 PM
wow


beyonce' klu nk mai msia berkonsert
iols sanggup q online

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.256823 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top