CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kategorikan Artis Baik,Tak Baik, Itu Aib – Anna Jobling

4-6-2023 07:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2006| Komen: 21

Description: Pemilik nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, trend nicest/rudest celebrities tidak wajar kerana ia secara tidak langsung mengundang kebencian terhadap seseorang selebrit ...
Pemilik nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, trend nicest/rudest celebrities tidak wajar kerana ia secara tidak langsung mengundang kebencian terhadap seseorang selebriti.


Pelakon, Anna Jobling menyelar tindakan beberapa pihak yang suka melabel artis dengan pelbagai kategori termasuk selebriti paling tidak baik sehingga mengundang aib dan fitnah.


“Jangan mengaibkan mereka (selebriti) dan buat orang lain pun bencikan seseorang selebriti itu walhal mungkin ramai antara mereka (netizen) tidak pernah pun bertemu dengan selebriti yang dimaksudkan.

“Setiap orang ada ‘bad day’, mungkin ketika peminat bertemu selebriti itu dia senang melalui hari-hari yang teruk atau te­ngah penat menyebabkan mereka menolak untuk melayani permintaan peminat.

“Bagi saya selebriti juga manusia dan punya perasaan. Apa sahaja pengalaman yang anda lalui bersama selebriti adalah bersifat peribadi, simpan sahaja untuk diri sendiri tidak perlu kongsi secara terbuka,” katanya ketika ditemui pada majlis Blooming Night With Anna Jobling di sini semalam.


Bintang drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui dirinya bimbang jika namanya terheret dalam senarai artis paling baik.

“Saya bimbang jika ada orang melambai tetapi saya tidak berpaling kerana saya seorang yang rabun jika tidak memakai cermin mata. Bimbanglah juga.

“Setakat ini, saya tetap ­melayan peminat tidak kira apa jua kondisi keadaan sama ada saya tengah penat, sedih, mena­ngis atau tiada mood.

“Harus diingat perkara yang negatif lebih senang tersebar daripada kebaikan. Jadi, saya cuba mengekalkan imej yang baik bersama peminat saya. Selebriti lain saya tidak kisah kerana itu bukan masalah saya,” ujarnya.

Selain Anna trend, netizen turut meletakkan Jihan Muse Elfira Loy, Janna Nick dan Elizabeth Tan dalam kategori selebriti paling tidak baik dalam media sosial.

Manakala kategori artis paling baik pula menyenaraikan nama-nama seperti Maya Karin Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Marsha Milan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 4-6-2023 08:01 PM
Haah,
Seleb korang kene hormat dan agungkan.
Keburukan kene simpan.
Kene cite baik2 je.

Xleh panggil retis. Tu satu penghinaan.
Ape2 yang diupload di medsos adalah untuk kebaikan peminat.
Quote dudaberhias 4-6-2023 08:26 PM
mujur la sheols takde dalam list lagi... meskipun hacik2 hendon dari kerajaan budda srivijaya dan hindu majapahit gigih kata sheols sombong... sebab cara sheols jawab pr tu pun memang ya ampunnn apoooo... akward gila tengok... harap2 di latih dan di perbaiki lagi yach macam meerqeen tu... meerqeen nampak friendly... macam boleh go je dengan mana2 rancangan talk show... manakala anna nampak macam kaku tak reti bercakap...

Quote aammyy 4-6-2023 08:38 PM
Takpela dik, jgn ghisau. Dorang dah insaf dah delete tweet. Mungkin juga takut kena saman.
Quote jalfa 4-6-2023 09:08 PM
Ye dik.sebar aib org clubing minum coke pon aib jugak
Quote I.K.A888990 4-6-2023 09:55 PM
hang pn bukanya sesuci lebaran dik
Quote Tudungpink 4-6-2023 10:05 PM
Terkesan btoi ye retis2 ni dengan trend kat tweeter tu   tambah pulak yg buat trend tu yg pernah keje skali .. Kantoi la tu
Quote Nozot 4-6-2023 10:07 PM
jalfa replied at 4-6-2023 09:08 PM
Ye dik.sebar aib org clubing minum coke pon aib jugak

I loike this comment
Quote Nozot 4-6-2023 10:08 PM
Legacy jah lop...
Quote Carcosa 4-6-2023 10:16 PM
Ehh cantiknyaaaa dia dlm gambar baju pink tu
Quote princessmiang 4-6-2023 10:17 PM
Bagusla buat cmtu baru bingai2 ni tau pandangan orang. Ni asyik nak disembah je
Quote takayama 4-6-2023 11:36 PM
Panjangnya nama dia jenuh nk isi borang
bab artis baik x baik ni sebenarnya ikut pd pengalaman memsg kan cuma itulah memberi persepsi yg buruk kt retis tu maklumlah biasanya klu yg buruk mmg org akan igt berbanding kebaikan retis tu
klu tanya kaka retis yg okay dan x kekwat antaranya Amy Masrura, AHR, awie, erra, azhar Sulaiman, lan pet pet (ni ms dia lom kawen) dan bbrp retis lain
Quote sailormars 5-6-2023 12:02 AM
jalfa replied at 4-6-2023 09:08 PM
Ye dik.sebar aib org clubing minum coke pon aib jugak



kaka bagi 5 ha untuk komen sis
Quote sleepandream 5-6-2023 01:19 AM
kalau dalam alam pekerjaan lain... besenye mmg org tak suka bos sendirik...
jadi kalau yg "penah keje" dgn retis itu ini iols akan dismiss...

iols hanya kira yg jumpa as org biasa dekat luar... terserempak ke... how the retis treat stranger...
Quote likilu 5-6-2023 08:33 PM
Kenapa sekarang trend retis hitam manis?

Body positivity sangat
Quote Piramida 5-6-2023 09:15 PM
Oklah tu.. Pengalaman org kan.
Yg baik elok dipuji.
Yg jahat biadap elok di keji.
As reminder hidup jgn nak sombong.
Quote selipar_hijau 5-6-2023 09:30 PM
jalfa replied at 4-6-2023 09:08 PM
Ye dik.sebar aib org clubing minum coke pon aib jugak

Kannn.. cakap tak serupa bikin. Perangai camni lagi bahaya dlm masyarakat
Quote toet2meoww 5-6-2023 09:53 PM
Kalau setakat 1@2 org yg cakap sorg retis ni tak baik, biasenye org ignore je. Sbb orang pun faham je yg maybe fan jmpe retis tu dalam keadaan yg tak kena. Tp kalau dah 100 org jumpe retis tu, 99 org kate mmg ade bad attitude, then dah terang2 la mmg retis tu bermasalah
Quote inspektoremos21 5-6-2023 09:55 PM
Ko pun tak yah lebih2 sangat la.. karang dari anna jobling jadi anna jobless
Quote bulalof 6-6-2023 08:59 AM
walk the talk lah biatch.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top