Pelakon, Aedy Ashraf menjelaskan tindakannya terbang ke Perancis adalah demi memberikan sokongan kepada kekasihnya, Amelia Henderson kerana bangga dengan pencapaiannya itu selain ingin menghabiskan masa bersama.
Pemilik nama sebenar, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata dia ingin menemani teman wanitanya itu yang menjadi hos mewakili TikTok di Festival Filem Cannes. "Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada Amelia memandangkan dia diberi peluang menjadi hos mewakili TikTok untuk menemu bual beberapa selebriti Hollywood di festival berkenaan. Malangnya saya tidak dapat bertemu mana-mana selebriti popular memandangkan saya tiba lewat di sana," katanya. Dalam pada itu, Aedy berkata, mereka turut mengambil kesempatan untuk melancong di Cannes selain bercuti ke Barcelonne yang terletak di selatan Perancis. "Alang-alang sudah berada di sana, kami mengambil kesempatan untuk melancong sebab kami berdua memang suka bercuti. Kami sempat berjalan-jalan di Cannes selama tiga hari manakala empat hari di Barcelonne," ujarnya.
Mengulas mengenai hubunganya bersama Amelia, pelakon Kisah Cinta Kita ini meluahkan rasa syukur apabila hubungan mereka direstui peminat. Dia dan Amelia bagaimanapun tidak mahu terlalu serius memikirkan hubungan mereka sebaliknya menikmati kebahagiaan yang dikecapi ketika ini dan menyerahkan urusan jodoh kepada takdir. "Saya sangat selesa dengan Amelia. Saya bersyukur peminat doa yang baik-baik untuk kami malah saya berharap mereka akan terus doakan kami. "Rancangan (perkahwinan) tiada lagi, kami nikmati masa kami bersama... kalau ada rezeki ada dan sebaliknya," katanya. Sumber: mStar |
dua_chzy replied at 5-6-2023 11:33 AM
Aedy mungkin berfikir ke arah nikah tapi Ameliath ni idok. Sekadar isi masa lapang ja bercinta suka2 ...
nmi replied at 5-6-2023 02:27 PM
Memula dgn Amelia Lepas Tue daiyan Lepas Tue sapa ntah Lepas Tue amelia balik...player much?
Nana_Man replied at 6-6-2023 11:10 PM
Marketing je tu…… betul kan dik?
imanjannah replied at 7-6-2023 08:53 AM
tapi nmpk 2-2 belum lagi puas nak enjoy their life..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.336291 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.