CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Sertai Acara Basikal Lasak

3-6-2023 10:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1466| Komen: 28

Description: Tampin: Seorang lelaki warganegara Singapura meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rebah ketika menyertai acara satu acara pertandingan basikal lasak di Gemencheh, di sini pagi tadi. Ketu ...

Tampin: Seorang lelaki warganegara Singapura meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rebah ketika menyertai acara satu acara pertandingan basikal lasak di Gemencheh, di sini pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.25 pagi iaitu semasa acara berlangsung membabitkan seorang peserta lelaki warganegara Singapura.


Gambar hiasan.

“Peserta berusia 47 tahun yang beralamat di Woodlands, Singapura itu rebah di Jalan Batang Rokan berdekatan loji air hendak masuk ke off-road (luar jalan raya)


“Peserta tersebut telah dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut oleh ambulans yang berada di kawasan acara berlangsung. 


“Bagaimanapun peserta tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas. Jenazah si mati telah di hantar ke unit forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ujar Anuwal lagi, punca kematian peserta berkenaan adalah disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-6-2023 11:07 PM
Sat lg masuk la dalam statistik org tu.
Quote AbukRokok 3-6-2023 11:20 PM
slyfynx replied at 3-6-2023 11:07 PM
Sat lg masuk la dalam statistik org tu.

rajin hang tgk update statistik org tu ye
umpama suami umi aida masuk cinema tgk filem pmx untold story

Quote lightheaded67 4-6-2023 07:24 AM
dehydration leh sebabkan heart attack ker ek. td gugel bahan bacaan, mcm boleh. slalu kalau aktibiti sukan ni, senang nk tlajak goreng. pulun je sbb rasa best,tau2 padam
Quote Samerosie 4-6-2023 07:27 AM
slyfynx replied at 3-6-2023 11:07 PM
Sat lg masuk la dalam statistik org tu.

Eh eh mana dia ye? Senyap je dah masuk statistics juga kah dia?
Quote Samerosie 4-6-2023 07:28 AM
lightheaded67 replied at 4-6-2023 07:24 AM
dehydration leh sebabkan heart attack ker ek. td gugel bahan bacaan, mcm boleh. slalu kalau aktibiti ...

Kan.. umur dah 47btahun nak buat aktiviti basikal lasak mcm ni tak payahlah..car rally tak pe sebab tak yah kayuh hehehe
Quote lightheaded67 4-6-2023 08:17 AM
Samerosie replied at 4-6-2023 07:28 AM
Kan.. umur dah 47btahun nak buat aktiviti basikal lasak mcm ni tak payahlah..car rally tak pe seba ...

tu la penting kena cakna limit diri sndiri kalau nk pulun pon.. dh ajal mng ajal lah, utk yg hidup ni amik pringatan lah gtew
Quote mojarean_X 4-6-2023 08:30 AM
Iols skrg ni dh takut wat aktiviti lasak. One of the reason sbb terpengaruh ngan posting2 @blastoff
Quote Supersirap 4-6-2023 09:35 AM
Salam takziah kepada keluarga ya di Singapura ya
Quote mejaputih 4-6-2023 09:43 AM
Lapas2 terik mcm ni masih ada acara basikal?
Quote dani-rox 4-6-2023 03:01 PM
air suci produk babi








Quote raxief 4-6-2023 04:45 PM
dari zaman sblum covid lagi dah banyak kes cyclist meninggal masa jamboree mcm ni.. geng2 taman aku pun join jamboree moncheh ni

aku dh x join sbb dh beralih ke roadbike.. dah x bape larat nak pepah bukit oprod
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:10 PM
innalilah harap2 bukan si @Bipolajourney sebab sheols pun tak sihat... kalau sheols mati memang la iols tak al fatihahkan sebab jahat suka ganggu orang2 yang tak pernah kacau hidup dia... siap tag2 orang tu...

Quote Lagubestbest 4-6-2023 07:05 PM
Edited by Lagubestbest at 4-6-2023 07:07 PM
lightheaded67 replied at 4-6-2023 07:24 AM
dehydration leh sebabkan heart attack ker ek. td gugel bahan bacaan, mcm boleh. slalu kalau aktibiti ...

betul2 sblm raya haritu i dehydration mood datang kemas laman rumah time tu 3jam waktu tengahari xleh minum air sbb puasa kan. lepastu selaku dewasa pun mmg rasa nak berbuka sangat, betul2 nak air bibir kering badan rasa kering dahi panas tapi baring tahan je tunggu sampai berbuka, 1st time rasa gitu. malam mandi okay je terawih sbb telan panadol rasa okay. tapi lepastu demam seminggu.
Quote JunkMail 4-6-2023 07:53 PM
Samerosie replied at 4-6-2023 07:27 AM
Eh eh mana dia ye? Senyap je dah masuk statistics juga kah dia?

Jangan diseru kang dia muncul bertepek tepek teori nya kang... dia sendiri bukak thread dia sendiri reply sampai berpuluh page...
Quote nw111 4-6-2023 08:48 PM
Lama tak nampak thread vaksin si blastoff naik...idup lagi kah beliau???
Quote nw111 4-6-2023 08:52 PM
raxief replied at 4-6-2023 04:45 PM
dari zaman sblum covid lagi dah banyak kes cyclist meninggal masa jamboree mcm ni.. geng2 taman aku  ...

2 mggu lepas ada lawyer kat ganu meninggal masa tgh cycling kat drawbridge..umur 50an..fit orangnya..kalau tgk physical..sihat walafiat
Quote nw111 4-6-2023 08:56 PM
lightheaded67 replied at 4-6-2023 07:24 AM
dehydration leh sebabkan heart attack ker ek. td gugel bahan bacaan, mcm boleh. slalu kalau aktibiti ...

Musim panas litlit ni baik berkurung dlm rumah bukak ekon full blast..tak payah la gatal2 nak cycling jogging bagai kat luar tu..
Quote nw111 4-6-2023 08:58 PM
Lagubestbest replied at 4-6-2023 07:05 PM
betul2 sblm raya haritu i dehydration mood datang kemas laman rumah time tu 3jam waktu tengahari xl ...

Syukur umur masih pjg..kalau tak sure hang masuk dlm blasoff punya statistic
Quote kitmal 4-6-2023 09:07 PM
Speku...terlalu over healthy lifestyle dan exercise
Exercise-induced arrhythmogenic cardiomyopathy describes the syndrome of myocardial damage and serious ventricular arrhythmias in athletes, usually endurance athletes performing very high volumes of training.


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066251 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top