Kuala Lumpur: Tindakan China bertekad mahu merobohkan sebuah masjid di Yunnan, China yang majoriti penduduknya Islam disifatkan sebagai hanya mahu melenyapkan sejarah dan sumbangan etnik Muslim Hui di wilayah berkenaan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia susulan budaya dan seni diamalkan kaum terbabit sudah berakar, sehingga menjadi sebahagian budaya masyarakat China. Polis menghalang pintu masuk ke masjid Najiaying di Najiaying, daerah Tonghai, Yunnan, pada Sabtu. Gambar ini tersebar secara di media sosial China sebelum disekat. - Gambar dari thechinaproject.com Menurutnya, insiden itu amat mengecewakan dan membuktikan ketidakprihatinan kerajaan China terhadap kebudayaan umat Muslim Hui. “Kaum terbabit sudah bertapak serta membentuk sebahagian daripada kepelbagaian etnik di negara China. “ABIM memandang berat laporan media antarabangsa mengenai tindakan kerajaan China merobohkan Masjid Najiaying, iaitu sebuah masjid berusia lebih 650 tahun di Yunnan, China,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Beliau berkata, keputusan pemerintahan kuku besi itu turut mencetuskan bantahan besar-besaran dalam kalangan Muslim. “Bantahan itu mengakibatkan tangkapan serta tindakan di luar batas undang-undang berlaku di wilayah tersebut. “Atas semangat kepelbagaian dan kosmopolitanisme sejagat, ABIM menyeru umat Islam serta masyarakat antarabangsa menzahirkan keprihatinan dan bantahan terhadap sikap tidak prihatin pihak berkuasa Republik Rakyat China,” katanya. Terdahulu, kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis berhubung rancangan pihak berkuasa tempatan ingin merobohkan kubah sebuah Masjid Najiaying di bandar Yunnan yang majoriti penduduknya Islam. Beberapa imej dikongsikan menerusi media sosial menunjukkan, orang ramai berhimpun di luar Masjid Najiaying yang dipercayai dibina sejak abad ke-13 di pekan Nagu, pada Sabtu lalu. Perhimpunan itu bertukar ganas apabila penunjuk perasaan mula merusuh dan cuba dikawal anggota polis bertugas. Masjid Najiaying yang menjadi mercu tanda utama Yunnan dan pengurusan institusi agama itu hanya melakukan ubah suai selepas beberapa tahun pembinaan, menyaksikan kubahnya diperbaharui. Namun, pada 2020, mahkamah memutuskan ubah suai terbabit sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan mengarahkan supaya kubah baharu dibina itu dirobohkan. Keputusan mahkamah itu mencetuskan beberapa demonstrasi sebelum ini. Sumber: Getaran
|
ResellerMaxis replied at 3-6-2023 10:59 PM
Dap cakap apa?
Skuau replied at 3-6-2023 11:04 PM
"sini kita duduk manyak lama..manyak hepi..apa pung boleh..malaysia boleh maaa"....
axl_bach replied at 4-6-2023 08:20 AM
Aik, tajuk kata nk robohkan masjid, tp dlm artikel plak ckp nk robohkan kubah yg diubahsuai secara ...
dudaberhias replied at 4-6-2023 04:45 AM
propa gila... china lagi sibuk dukkk promot hui muslim tu ada lah kat tiktok... youtube etc...
susa ...
grouper replied at 4-6-2023 09:14 AM
Nak suruh repair balik kubah x selamat pun kata nak roboh satu masjid...
dudaberhias replied at 4-6-2023 04:45 AM
propa gila... china lagi sibuk dukkk promot hui muslim tu ada lah kat tiktok... youtube etc...
susa ...
grouper replied at 4-6-2023 09:14 AM
Propa media barat adalah benar pasal china ni. Tgk utuber travel mat salleh p kawasan Yunnan n xin ...
namieamuro replied at 4-6-2023 11:04 AM
kire ketua abim tu salah bace ler. hrp die layan porum dan bace trid ini.
Drmu replied at 4-6-2023 10:36 AM
Jdi ni slh fhm ke cmne. Klo slh fhm, komunikasi kne jelas..xpasal2 rusuhan sbb bnde slh fhm.
Takkan ...
grouper replied at 4-6-2023 09:14 AM
Propa media barat adalah benar pasal china ni. Tgk utuber travel mat salleh p kawasan Yunnan n xin ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058391 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.