CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hiba Angkat Mayat Rakan Sendiri

3-6-2023 05:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1473| Komen: 8

Description: Tampin: Ezzuan Ahmad, 43, yang juga wartawan sambilan TV3 tidak menyangka rakannya, Roslee Mustaffa, 56, dijemput Ilahi ketika mereka berkonvoi motosikal berkuasa tinggi ke Melaka.Perasaan hibanya suk ...
Tampin: Ezzuan Ahmad, 43, yang juga wartawan sambilan TV3 tidak menyangka rakannya, Roslee Mustaffa, 56, dijemput Ilahi ketika mereka berkonvoi motosikal berkuasa tinggi ke Melaka.

Perasaan hibanya sukar dibendung apabila mengangkat mayat rakan yang sudah dianggap seperti adik-beradik, yang terbabit kemalangan di Jalan Palong-Pasir Besar, hari ini.


Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Roslee yang menunggang Kawasaki Z1000SX meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan termasuk lori dan Proton X70.

Roslee Mustaffa meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan di Jalan Palong-Pasir Besar, Tampin hari ini.

"Sebagai wartawan, kita melaporkan kejadian yang menimpa orang lain, namun kali ini tidak sangka saya berdepan situasi yang membabitkan sahabat sendiri.

"Kami sudah lama saling mengenali dan ibarat adik beradik dalam kumpulan permotoran ini, jadi sudah tentu sedih apabila kejadian ini menimpanya," katanya ketika dihubungi.


Ezzuan berkata, dia dan 13 rakan termasuk arwah Roslee ke Melaka untuk menghadiri program minggu motosikal dan mereka bergerak dari Kemaman, Terengganu pada 8 pagi, sebelum berhenti rehat di Muadzam Shah, Pahang yang mana arwah dilihat banyak kurang bercakap.

"Kebiasaan apabila berkonvoi arwah akan berada di barisan tengah atau belakang, namun kali ini arwah mahu berada di hadapan, seolah-olah mahu mengetuai konvoi," katanya yang memaklumkan mayat rakannya dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila dua motosikal berkuasa tinggi memasuki laluan bertentangan dengan sebuah daripadanya melanggar lori muatan ayam.

"Sebuah lagi motosikal yang berada di belakang motosikal pertama sempat mengelak, namun melanggar Proton X70 yang berada di belakang lori.

"Penunggang motosikal, Roslee Mustaffa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-6-2023 09:44 PM
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn..

Tapi maaf ckplah ya, meols mmg rengsa betul tgk convoi2 ni. Tak kirala motor Harley, motor kuasa besar mcm superbike tu, motor kapcai, motor rempit, motor Vespa, semua meols tak suka. Meols akan slow down, and kasi diorang berambus dulu sambil berkata "Takpelah, korang kan bayar RoadTax RM5k setahun. Jalanla dulu. Korang lagi penting"
Quote LoveSungmin 4-6-2023 12:25 AM
hobi kami mahal..
Quote harisbee 4-6-2023 12:27 AM
hobi mcm tu ada risiko la...sama mcm konvoi basikal...sebab bercampur dgn kenderaan awam. Salam takziah
Quote mehmet 4-6-2023 07:36 AM
Jalan Palong Pasir Besar ini mmg kawasan kemalangan.
Quote mehmet 4-6-2023 07:37 AM
Harap tinggalkan anak bini hibah segala2 nya.
Quote Firenzza 4-6-2023 07:47 AM
Jln selekoh tu.....bila dh lead konvoi bawak laju jumpa selekoh x blh nk brek mengejut takut kena sondol grup blkg.....remmm minyak sambil buat cornering cecah lutut tp x lepas gamaknya
Quote primarikey 4-6-2023 08:52 AM
Malas nk kesian
Sendiri cari pasal
Sggp tggl ank bini sbb motor dan kwn2
Quote otai_g 4-6-2023 09:07 AM
Baru2 ni iols lalu karak. Tgk superbike ride mcm mengejar maut lor. Tgh selekoh kereta agak sibuk blh dia speeding. Kalo silap skit mmg melambung jatuh gaung. Harapan hidup tipis.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050222 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top