CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis Iktiraf Kedaulatan Penuh Malaysia - Colonna

3-6-2023 05:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 395| Komen: 1

Description: Kuala Lumpur: Perancis mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia membabitkan sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.Kenyataan dikeluarkan menerusi laman sesawang Kementerian Perancis juga me ...
Kuala Lumpur: Perancis mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia membabitkan sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kenyataan dikeluarkan menerusi laman sesawang Kementerian Perancis juga memaklumkan kedua-dua menteri itu menggariskan asas kukuh hubungan antara Perancis dan Malaysia, khususnya mengenai kekananan dan kualiti perkongsian industri pertahanan.


Hal ini ditegaskan Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna, semasa pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kelmarin ketika lawatan kerjanya ke Paris.

Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna. - AFP

Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka untuk ruang Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan inklusif - yang turut merangkumi Laut China Selatan - di mana undang-undang antarabangsa dihormati semua, serta memutuskan untuk melancarkannya semula dalam rangka perundingan dua hala.


Perancis melancarkan strategi Indo-Pasifiknya pada 2018 untuk terus melibatkan diri dengan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, serta membantu mengekalkan kawasan yang terbuka dan inklusif, bebas daripada semua bentuk paksaan dan berasaskan multilateralisme.

Malaysia antara negara yang terbabit dalam pertikaian mengenai kedaulatan wilayah di Laut China Selatan.

Sementara itu pada Mac lalu, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan penangguhan diberikan kepada Malaysia terhadap penguatkuasaan 'final award' kepada kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu terhadap Sabah.

Perbincangan dua pihak itu turut menyentuh krisis di Myanmar, dengan kedua-dua menteri menyuarakan kebimbangan mendalam mereka tentang situasi politik dan kemanusiaan di negara itu berikutan rampasan kuasa, serta komitmen junta untuk kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang di negara itu.

"Oleh itu, menteri mengulangi sokongan Perancis untuk konsensus Lima Perkara ASEAN," menurut kenyataan itu.

Berkenaan operasi ketenteraan Russia terhadap Ukraine, kedua-dua menteri mengingatkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu dihormati, khususnya untuk kedaulatan dan integriti wilayah semua negara.

Pada 2022, Perancis adalah rakan dagangan ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan bernilai RM18.05 bilion (AS$4.19 bilion) – peningkatan sebanyak 39.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan dalam 2021. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 4-6-2023 02:03 AM
Selama ni Malaysia x berdaulat ke acik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041123 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top