CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Darjah Enam Antara Kena Saman Trafik

3-6-2023 11:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 178| Komen: 0

Description: Kuala Berang: Murid darjah enam antara 116 yang disaman atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaa ...
Kuala Berang: Murid darjah enam antara 116 yang disaman atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, semalam.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, berkata operasi diketuai Ketua BSPT IPD Hulu Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail itu menyasarkan keselamatan penunggang motosikal.

Antara penunggang motosikal yang ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, semalam. NSTP/Ihsan PDRM

Daripada 116 saman yang dikeluarkan, katanya, sebanyak 40 saman membabitkan kesalahan tidak memakai topi keledar.

"Enam penunggang motosikal di bawah umur 16 tahun turut disaman dengan yang paling muda berusia 12 tahun.


"Antara kesalahan lain yang dilakukan penunggang ialah tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, ubah suai ekzos, lesen tamat tempoh, motosikal tiada insurans, nombor pendaftaran tidak menepati syarat dan gagal mempamerkan lesen P atau L," katanya.

Hasmerra berkata, bagi kes penunggang motosikal di bawah umur yang terbabit kesalahan, pihaknya akan memaklumkan kepada penjaga sebagai tindakan susulan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038706 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top