CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Nepal Mabuk Lemas Di Tasik

3-6-2023 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 231| Komen: 2

Description: Kampar: Lelaki warga Nepal yang dikhuatiri lemas selepas berenang di tasik dalam keadaan mabuk dalam kejadian berdekatan sebuah pasar raya di Gopeng, di sini, malam tadi.Jurucakap Jabatan Bomba dan Pe ...
Kampar: Lelaki warga Nepal yang dikhuatiri lemas selepas berenang di tasik dalam keadaan mabuk dalam kejadian berdekatan sebuah pasar raya di Gopeng, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat Seroj Senoli, 26, dijumpai pasukan penyelam kira-kira jam 9.45 pagi tadi kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa terjun.


Seroj yang dikhuatiri lemas selepas dikatakan berenang di tasik dalam keadaan mabuk. FOTO ihsan JPBM Perak

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi yang juga rakan mangsa, lelaki berbangsa Nepal itu dipercayai mabuk bersama dua lagi rakannya sebelum dia kemudiannya terjun untuk berenang ke tasik terbabit.

"Mangsa dipercayai mabuk bersama dua lagi rakannya. Pasukan bomba mula membuat pencarian mangsa selepas menerima panggilan jam 7.37 malam tadi.

"Menurut rakan mangsa, mangsa berenang ke tengah tasik lombong itu dalam anggaran 15 meter dari tebing sebelum kemudiannya tenggelam dan dipercayai lemas.


"Susulan itu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan kerja menyelamat pada pagi ini dengan bantuan pasukan penyelam JBPM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bomba membawa mayat mangsa naik ke tebing sebelum mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 3-6-2023 11:48 AM
mabuk kt umah la, nape gi mabuk tepi tasik lombong plak
Quote antikorok 3-6-2023 04:55 PM
Adakah dia fefeeling beronang-ronang di sorga sewaktu mabok itteww?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041161 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top