CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Mati Di Sungai Bukan Sebab Pencemaran Tapi Kerana Cuaca

3-6-2023 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 262| Komen: 1

Description: Jelebu: Penemuan ikan mati di Sungai Triang berhampiran Empangan Sungai Buloh di sini, Selasa lalu bukan kerana pencemaran air sebaliknya akibat cuaca panas dan air sungai cetek.Timbalan Pegawai Perik ...
Jelebu: Penemuan ikan mati di Sungai Triang berhampiran Empangan Sungai Buloh di sini, Selasa lalu bukan kerana pencemaran air sebaliknya akibat cuaca panas dan air sungai cetek.

Timbalan Pegawai Perikanan Darat Negeri Sembilan Mohd Azhar Jusoh berkata terdapat aduan mendakwa ikan berkenaan mati disebabkan kerja pembersihan loji air, aktiviti mengorek pasir dan pembuangan sisa air daripada kilang berhampiran.



Menurutnya, pemantauan dibuat keatas kilang di sekitar Kuala Klawang dan mendapati semua mengikut prosedur dalam pengurusan air buangan.

"Pemeriksaan di loji air juga mendapati tiada kerja pembersihan selain ia sudah tidak lagi aktif.

"Kerja mengorek pasir yang dijalankan oleh sebuah syarikat juga didapati mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya ketika ditemui.

Mohd Azhar berkata siasatan awal mendapati ikan berkenaan mati dipercayai cuaca panas selain air sungai cetek.


"Apabila air cetek, ikan sukar berenang ke tempat yang lebih dalam menyebabkan ia terdedah kepada air sungai yang panas sebelum mati.

"Jabatan Perikanan akan terus memantau keadaan ini dan berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat sekiranya terdapat ikan mati didalam sungai," katanya.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-6-2023 12:23 PM
Panahan sinaran cahaya matahari mmg panas terik sgt2...x mustahil ikan dlm sungai pun terasa panas

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.218083 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top