CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ex' Semua Dah Kahwin, Zarina Tak Sangka Umur Dah Nak Cecah 40 Belum Ada Jodoh

26-5-2023 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8126| Komen: 99

Description: Mengulas status terkininya yang masih solo tanpa suami, pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin berkata, dia tidak menyangka masih belum berkahwin walaupun bercinta dari zaman sekolah."Tak sangka sampa ...
Mengulas status terkininya yang masih solo tanpa suami, pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin berkata, dia tidak menyangka masih belum berkahwin walaupun bercinta dari zaman sekolah.

"Tak sangka sampai sekarang saya belum kahwin lagi. Umur dah nak cecah 40. Bercinta dari zaman sekolah tapi tak kahwin lagi. 


"Dulu saya fikir lepas sekolah dah nak kahwin. Orang yang pernah berkawan dengan saya (bekas kekasih) semuanya dah kahwin dan ada anak. Saya sahaja belum," katanya.


IG

Zarina yang mula dikenali menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim kedua berkata, dalam keluarganya, hanya dia yang belum kahwin. 

"Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey. 

"Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja. 


"Normallah orang nak tanya. Kalau yang perli-perli suka hati merekalah. Benda itu bukan kerja kita," katanya ditemui pada majlis Hari Raya anjuran i QIYI di sebuah hotel Rabu lalu. 

Pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini bagaimanapun mengakui sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. 

"Saya nak kahwin, nak sangat. Cuma 

untuk kahwin belum tahu waktunya kerana kami masing-masing jenis cari duit. Dia berusia 52 tahun dan berstatus dua anak.

"Tunggulah dia fokus pada anak-anak sampai besar sikit. Dia seorang ahli perniagaan dan kami kenal menerusi kawan-kawan. 

"Dialah teman lelaki yang paling lama saya berkawan. Tak sangka juga saya paling lama kawan dengan dia," katanya. 


IG

Zarina berkata, hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini terputus kerana tidak sefahaman. 

"Saya seorang wanita bekerjaya yang terlampau garang, tegas dan apa pun tak boleh. Lelaki pun tak tahan dengan sikap saya.

"Sekarang saya dah rendahkan ego, tidak panas baran lagi. Saya mengaku dulu memang jenis panas baran sedikit. 

"Rasanya saya lebih kena dengan pasangan yang lebih tua kerana dulu kekasih saya muda. Kekasih sekarang pandai ambil hati," katanya. 

Menurutnya, dia berada dilandasan yang betul kerana kekasihnya memahami perasaannya. 

"Pada saya, cinta tolak soal kedua. Dia tak kacau kerja saya dan saya tak kacau kerja dia. Keluarga pun dah kenal sangat dia. 

"Namun untuk cakap fasal rumah tangga agak susah. Saya pun tak nak lambat-lambat. Apapun saya bersyukur dikelilingi oleh mereka yang memahami.

"Yang bagusnya mereka tak pernah tanya termasuk emak. Kalau emak desak, saya boleh tertekan dibuatnya," katanya yang meminta semua pihak mendoakannya segera bertemu jodoh.  


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 26-5-2023 08:06 PM
Semoga dipermudahkan urusan.
Quote dua_chzy 26-5-2023 08:09 PM
Takpe Zarina. Ko menten cantik je.
Quote dudaberhias 26-5-2023 08:16 PM
tapi chuols lawa yach...

boleh la join group wasap andartu cantik di malaysia dengan Sherry ibrahim, zara zya, nasha aziz... acik nasha aziz mesti adminnya...

chuolsss boleh jadi penasihat dalam tu untuk bagi moral support pada andartu2 lain...
takpun nak buat duit tepi sikit boleh share2 link shopee afiliate n review permainan dewasa kegemaran chuols... confirm berduyun2 andartu dalam tu klik dan beli... andartu ni hidup bahagia meskipun sunyi... duit pun berkepuk2 sebab sorang je... jadi kalau share link shopee affiliate memang masyuk...

Quote cheezel 26-5-2023 08:17 PM
Comel je zarina ni. Berlakon pn best xde nk cover2
Quote cheezel 26-5-2023 08:18 PM
Tapi laki tu cm tak serius je. Punya lama berkawan tp xikat pun
Quote inspektoremos21 26-5-2023 08:48 PM
Khai dambaan pilu tu antara ex dia jugak ke? Ke netz saje usik2 diorg time zaman af tu..
Quote cm_vungtau 26-5-2023 09:25 PM
Wah banyak cantik laki tu nak fokus kat anak dia dulu. Abih perempuan tak payah anak ke? Macam bagus cari lain aje
Quote naisyahmh 26-5-2023 09:26 PM
cheezel replied at 26-5-2023 08:18 PM
Tapi laki tu cm tak serius je. Punya lama berkawan tp xikat pun

I pun rasa camtu.. Buang masa bercinta lama2.. Bukannya muda remaja 2 2 pun.. Makin lanjut usia makin kurang subur.. N risiko untuk dapat anak cacat makin tinggi.. Kalau lelaki x serius cari lain je sementara masih cantik ni..
Quote BelovedTaeyeon 26-5-2023 09:37 PM
Ingatkan dah sudah
Quote doubleA 26-5-2023 09:40 PM
Ko tinggal jela boipren 52 tu cari lain yg sedia nak kawen, dia ni lawa berlakon pun ok
Quote cupu 26-5-2023 09:48 PM
Time management tak pandai..apo nak urus anak dulu. Umur masa kau bkn blh hold kot. Dah kawrn pandai2 la sama2 urus anak tu dan anak baru. Tak de masa pakai helper.
Quote kashaz 26-5-2023 09:57 PM
Dah 40-50 tahun xcukup2 duit lagi ke?
Lama sgt 10 thn, takkan xcukup duit lg. Tgu anak besar abes form 5 ke???
Quote cm_vungtau 26-5-2023 10:07 PM
Kena ikut cakap Beyonce. If you like it then you shoulda put a ring on it. Agitteewww. Selagi takde ring, boleh aje carik lain.
Quote ghalibboy 26-5-2023 10:12 PM
Lepas nikah boleh saja teruskan cari duit, mungkin lebih murah rezeki
Quote Jajabeans 26-5-2023 10:16 PM
dia ni ex ungku mail kan
Quote sukacactus 26-5-2023 10:48 PM
Ooo dah ada calon
Ingatkan takde
Sabar la sgt 10 tahun kwn je
Kalau aku la, takat 2 tahun je udah
Xnak la aku buang masa
Quote hanihan16 26-5-2023 11:39 PM
si 52 tu mcm tak serius aje sebab status 2 anak. duda ke ada bini lagi?
Quote anony-mous 26-5-2023 11:41 PM
Suka la dia ni. Walaupon geng urban kan? I wonder knp pengarah xmau ambil she berlakon dah. Suka dia berlakon. Nyanyi pon boleh. Suka cara dia bawa diri dlu gosip dgn khai pon dia mcm xde komen over. Harap she berjodohan dgn org baik2
Quote pavlovachoc 26-5-2023 11:52 PM
Dulu² dia seksi ..tp skrg ok la .

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065678 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top