Bakal bergelar bapa, Remy Ishak, 41, atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak sedaya upaya merancang tawaran lakonan yang diterimanya termasuklah beberapa projek FIlem agar dapat menemani isteri, Ezza Yusof, 40, yang bakal bersalin Ogos ini.
“Saya pertama kali nak jadi bapa, sedang buat persiapan. “Tentang persediaan, saya banyak tanya dan rujuk isteri. Juga ada berbincang untuk bercuti (daripada berlakon dalam tempoh itu). “Saya ada menerima beberapa tawaran projek filem. Namun saya akan aturkan sebab saya mahu isteri bersalin terlebih dahulu. Manakala drama memang saya hanya akan ambil setahun sekali. Sebabnya drama memerlukan persediaan mental dan ia sangat penat. “Tambahan pula di Malaysia sekarang kita banyak drama dengan episod yang panjang,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton drama Hijrah Jannah, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Remy akui pengalaman melakonkan watak suami yang berpoligami membuatnya mendalami maksud sebenar poligami yang digariskan agama. “Saya percaya perjalanan semua orang berbeza. Ada orang yang okay berpoligami, ada yang sebaliknya. “Namun ia berbalik kepada niat atas dasar apa seseorang itu ingin berpoligami. Adakah ia keperluan atau sekadar kehendak. Projek drama ini bagus kerana ia membuatkan penonton lebih terbuka tentang poligami dan tidak senang menghukum seseorang yang mengambil keputusan berpoligami,” tambahnya. Bukan itu sahaja, Remy mendedahkan turut membincangkan persoalan tentang poligami bersama isterinya, Ezza. “Kenapa Islam benarkan poligami? Saya pun ada bercakap tentang perkara ini dengan isteri. Saya kata kalau kita diuji sebegini, tolong jangan marah. Saya akan cuba jaga diri saya supaya ia tak akan terjadi. Namun jika Allah beri perasaan dan kita tak boleh kawal, kita kena berbincang,” katanya. Walaupun selepas bergelar seorang suami, Remy sesekali turut mendapat mesej dan gambar yang cuba menggodanya daripada nombor yang tidak dikenali. Semuanya ditunjukkan kepada isteri. Bagi Remy, ketelusan dan kejujuran adalah kunci yang penting dalam sebuah rumah tangga yang bahagia. “Saya ada sahaja dapat mesej. Saya tunjuk semua gambar atau mesej itu kepada isteri. Kadang nombor tak dikenali daripada luar negara. “Saya rasa ketelusan penting dalam perkahwinan supaya jika ada benda yang berlaku di masa depan, isteri tahu saya seorang yang bagaimana. Kalau tak jujur atau banyak benda yang disembunyikan, ia akan menimbulkan masalah,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
5-6-2023 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.079853 second(s), 41 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.