CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Meronta Di Kerusi- Ketua Kabin Pesawat MyAirline Enggan Beri Infant Belt, Kapten Biadab Ugut Nak Halau Keluar

26-5-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9728| Komen: 351

Description: Seorang individu, Fear Dawooz menceritakan pengalamannya menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan baharu, MYAirline.
Seorang individu, Fear Dawooz  menceritakan pengalamannya menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan baharu, MYAirline.

Insiden memalukan itu berlaku semasa dia bersama isteri dan anak-anak berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


"Staf mereka bagi instruction lain sikit, dia cakap 'abang nak cetak boarding pass, kena bawa semua luggage dan owner boarding pass sekali'.
"Sampai di kaunter, staf cakap, 'kapal kita full encik, untuk elakkan overload... encik kena check in semua luggage. Minimum kita ada 15kg for RM90'.

"Aku tak mahu check in, just print boarding pass tapi dia teruskan memaksa," luahnya dalam satu hantaran Facebook.


Foto: mStar

Menjangkakan situasi janggal seperti itu berakhir, dia terkejut apabila tiba-tiba didatangi seorang lagi kru kabin semasa menanti waktu penerbangan dan sekali lagi diminta untuk mendaftar masuk kesemua bagasi yang dibawa.


Kali ini, dia menurut sahaja kerana mahu bertolak ansur meskipun bimbang keadaan beg yang berkemungkinan calar mahupun kemek.

Kejadian tidak wajar sekali lagi berlaku semasa isterinya meminta tali pinggang keselamatan untuk meriba bayi ketika berada di dalam pesawat.

Namun malangnya tidak dibenarkan kerana anaknya berusia 2 tahun 5 hari dan prosedur operasi standard (SOP) menetapkan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas perlu duduk di kerusi.

"Apabila pesawat mula bergerak, isteri pasangkan seatbelt... anak aku mula menangis dan meronta-ronta bangun duduk dekat isteri.

"Kru kabin datang semula dan ingatkan supaya suruh anak aku duduk. Hanya beri peringatan sahaja tanpa bertanya anak aku okay atau tak sebab masa tu menangis teruk.

"Jadi, sekali lagi aku minta infant belt seperti yang mereka iklankan baru-baru ini, tapi menyedihkan... mereka tetap tak bagi," katanya.




Situasi menjadi semakin kecoh semasa kapal ingin berlepas sehingga mendorong ketua kru kabin datang.

"Dia cakap 'encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off' dengan nada yang agak keras macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Aku tanya dia 'sekarang nak buat macam mana, anak I tak mahu duduk diam dekat seat dia'... Guess what, dengan sombong dan angkuhnya dia balas 'you have to! What ever it takes'.

"Dengan tak mempedulikan situasi yang sedang berlaku, ketua kabin tadi terus angkat phone dan maklumkan sesuatu pada kapten kapal yang bertugas masa tu. Aku rasa dia tak cerita situasi sebenar tapi just maklumkan ada passenger tak duduk dekat seat," ceritanya lagi.

Sejurus telefon diletakkan, kapten kapal membuat pengumuman 'to passenger seating on row **, please give your cooperation to remain seated or else, we will call our ground security to dissembark you from the plane'.

Bagaimanapun, dia menguncapkan terima kasih kepada salah seorang kru bertugas yang dikenali sebagai Sharma kerana bercakap dengan baik dan memahami situasi anaknya.

"Aku sangat berterima kasih pada salah sorang kru dalam tu yang datang bercakap sangat sopan dan faham situasi... dengan minta maaf sebab pihak dia tak boleh provide (tali pinggang keselamatan) dan aku terpaksa ikut polisi.

"Dia ada cuba cakap dan pujuk ketua yang sombong tu untuk bagi infant seat belt bagi memudahkan urusan take off tapi malangnya tetap tak benarkan dan dia tak boleh buat apa-apa sebab orang bawahan," ujarnya yang merakam setiap kejadian sebagai bukti.

Namun tidak disangka, setibanya dia dan keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pengawal lapangan sudah menanti.

"Rupanya, ketua kabin dah arahkan untuk tahan dan padam video yang staf dia nampak aku rekod masa insiden dalam pesawat.

Warga maya yang mengetahui insiden keluarga Fear Dawooz tampil meninggalkan komentar di Facebook syarikat penerbangan terbabit.

Warga maya yang mengetahui insiden keluarga Fear Dawooz tampil meninggalkan komentar di Facebook syarikat penerbangan terbabit.

"Aku pun cerita satu persatu pada pengawal tu, dia terdiam dan sangat faham situasi aku. Masa tu ketua kabin mencelah, buat-buat cerita macam dia yang mangsa dan aku sekeluarga buat salah sebab menyukarkan penerbangan serta rekod video tanpa kebenaran.

"Dengan serba salah dan takutnya, pengawal minta maaf dan belas ehsan untuk aku padam video. Aku pun minta maaf semula dekat dia, aku tak boleh padam sebab ni evidence aku kalau apa-apa jadi kalau aku kongsi pengalaman tanpa bukti, aku cuma fitnah syarikat mereka dan boleh kena saman," tegasnya.

Bercerita lanjut, ujarnya, sejak kejadian tersebut berlaku sehingga kini, dia masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada syarikat penerbangan itu.

Menjengah ke halaman Facebook syarikat penerbangan terbabit, warga maya yang mengetahui insiden menimpa keluarga Fear Dawooz mula menghentam ketua kru kabin di ruangan komen salah satu posting yang dibuatnya.

"No atitude, from your ground crew to your pilot! Was the announcement from the pilot really needed? You guys live to humiliate people in public is it?.

"Not child friendly. Say No.

"We all want that staff to make a public apology to the parents.

"Boikot," ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-5-2023 05:07 PM
Teringat granfader mid dan kakpam.


Quote opie5662 26-5-2023 05:16 PM
2 tahun ke atas bkn infant. Nampak mcm passenger ni yg demand lebih. Beg byk2 tu bape org punye... Sume nk angkut masuk kabin ke... Dasar cheapskate

Aku naik dah 3 kali.. Elok je sume. Yg x elok nye sbb ade tokmid bapak kak pam terpaling grendfader... Hahahahah

Pas tu, yg netijen tak pernah merasa naik katebang... Sibuk dok komen boikot.. Tah pape
Quote Antifake 26-5-2023 05:18 PM
Ai selalu luggage terus check in luggage. Bawak mana yang perlu aje. X payah susah nak angkat beg berebut tempat. Tapi kan kalau dah SOP kenalah ikut. Depa mmg x akan kasi punya. Kalau ada hati perut baru la bagi.
Quote batu kikir 26-5-2023 05:22 PM
Aku tak nak menyebelah mana2.
Kapalterbang nak take off...........ada procedure kena ikut.
Ini keselamatan.........100 lebih nyawa ada dalam kapal.
Above 2 years...........memang kena beli seat.
Ini bukan naik bas ya..
Quote annehuda 26-5-2023 05:23 PM
gila cheapskate punye family. anak ko tu dah genap 2 tahun kot . dengan beg ko besar2 macam tu. nilah set set buat lambat orang nak turun flight sebab terkial-kial nak angkat beg berat camtu. first time naik flight ke ni?
Quote tobobon 26-5-2023 05:31 PM
Bila tgk gambar..mmg luggage as per photo tu hand carry ker...in my opinion hand carry cuma 2 beg atas luggage tu dengan the one yg mak budak
tu ...

Tp tulah meols slalu perasan everytime naik flight mesti ada depa2 yg bawak luggage masuk sekali ..cam mana depa tentukan itu hand carry ker tak yet...klu meols..nampak jer bentuk luggage terus straight check in x boleh hand carry
Quote sharlenetexas 26-5-2023 05:35 PM
Baguslah cabin crew dan pilot semua bertegas.


Quote jalfa 26-5-2023 05:35 PM
Lain kali naik bas je dek...adeh dah procedure mcm tu..anak ko tercampak ke apa nanti ko salahkan diorg..melalak menjerit pon bukan lama pon...bior je la melalak dari jatuh
Quote jalfa 26-5-2023 05:36 PM
Lepa tu ugut ugut rekod bagai...so pprt perangai ko dek
Quote mamapea 26-5-2023 05:38 PM
Edited by mamapea at 26-5-2023 08:08 PM

Aku baca umur anak 2 thn terus malas smbg baca...2 thn ke atas mmg dh ada seat sndr...bwh 2 thn baru kena riba...ni 1st time ke naik flight? Anak tu tantrum buat la apa yg patut...jgn la asyik nk rekod jer...Beg bnyk2 mcm tu larat pulak bw naik kabin...adoi la...menyusahkan diri sndr..dgn nk jaga anak2 lg...
Quote Kentot_Wangi 26-5-2023 05:48 PM
Klu pngalaman ak naik airasia.. klu bawa bagpack yg 40l tu mmg dorg x timbang or check. Klu bawa luggage wlpn yg 20l pnye, mmg dorg akan timbang supaya x lebih dr 7kg. Sorg just boleh buat masok 2 beg je dlm cabin. Bagpack dgn luggage 7kg. Tp tgk dy punye luggage tu... Mmg pnuh luggage dlm cabin yg family dy je.
Quote Decaffeinated 26-5-2023 06:02 PM
Sikit2 ugut boycott. Yes, do us all a favor so that we can travel in peace.

Ferry ada kan?

Quote helicornia 26-5-2023 06:09 PM
Baca dr mula dia tk nak check in baggage terus turn off
Quote TOPwind 26-5-2023 06:14 PM
B40 deman - kononya airline tu nenek moyang dia punya dari India or China./

bayar ciput lagak lebih
Quote kenanga00 26-5-2023 06:17 PM
hang kene naik Ryan Air kat Greece tu sekali, baru tahu bersyukur dgn tambang murah Malaysia.

Lambat sesaat checkin pun kene charge okk..
Quote Samerosie 26-5-2023 06:17 PM
Mak oi beg2 pergi langkawi sebulan ke?  Lepas tu tak nak check in sbb tak nak calar?  Can i just say jakun satu family.  Bye.
Quote Imkhai 26-5-2023 06:17 PM
Kes ini aku ada bc kt twitter kes ini trjadi time nk penerbangan blk time prgi diaorg ada je bg seatbelt utk bby tu tp time blk x dpt pulak jenuh mintk sampai kesudah diaorg x bg
Quote krustykrab 26-5-2023 06:20 PM
batu kikir replied at 26-5-2023 05:22 PM
Aku tak nak menyebelah mana2.
Kapalterbang nak take off...........ada procedure kena ikut.
Ini kesel ...

Mmg dia beli seat utk anak dia tp budak tu nangis² x nk duduk seat sendiri nk jgk pi kat mak...gitu lah yg iols faham.
Quote krustykrab 26-5-2023 06:21 PM
[tiktok]7237409291253140737[/tiktok]

Lihat semua komen(351)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.139528 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top