CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Sofyank Dah Jumpa Balik Beg Yang Hilang, Satu Malaysia Lega!

26-5-2023 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 431| Komen: 6

Description: Sofyank meluahkan rasa syukur baru-baru ini apabila begnya yang hilang berjaya ditemui semula dengan kuasa media sosial.“Akhirnya, saya berjaya menghubunginya, saya amat berterima kasih kasih kepada ...
Sofyank meluahkan rasa syukur baru-baru ini apabila begnya yang hilang berjaya ditemui semula dengan kuasa media sosial.

“Akhirnya, saya berjaya menghubunginya, saya amat berterima kasih kasih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina, atas kerjasama yang diberikan.


“Mereka hubungi saya dan berjaya mengesan keberadaan beg saya,” luah pereka kandungan terkenal itu di Twitter miliknya.


Foto: Twitter

Terdahulu seorang penumpang telah terambil beg milik Sofyank yang mempunyai barang berharga seperti dompet, komputer riba, dan ‘hard disk’ ketika dalam perjalanan dari Malaysia ke Singapura.

“Dalam tu ada projek video saya yang belum ‘release’ dan tersangat penting,” katanya.

Dia juga dapat menjejak keberadaan begnya itu dengan bantuan alat ‘air tag’ yang ada di dalam dompet miliknya.

Sofyank juga turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi ulang ciapnya, sehingga individu yang terambil begnya itu boleh menghubunginya semula.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut gembira dengan berita baik yang diumumkan oleh Sofyank.

“Gila lah, tak sangka langsung akan dapat balik. Benda ni dah ‘span out’ tiga negara kot,” komen Daud Aiman.

“Alhamdulillah, tumpang gembira sekali ya. Betul lah, rakyat Malaysia ni bagus, laju buat kerja,” komen Faiq Razak. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 26-5-2023 05:22 PM
Waaahhh bagus jugak ada air tag tracker yaa utk luggage tapi mcmna nk pastikan device Tu boleh connecting? Aii tau buat phone tracker ja utk semua phone ank2 aii
Quote Decaffeinated 26-5-2023 06:07 PM
Sofyank kata terima kasih Clark Airport tapi komen netizen puji bagus rakyat Malaysia. Kenapa tak puji rakyat Filipina?



Quote antikorok 26-5-2023 07:07 PM
Terambil la sangatttt! Membongak jahhhh takkan beg sendirik tak kenal. Mesti yg ambil tuh menggelupor dapat tau beg yg diambil tuh ada tracker, ambil pulak beg youtuber terkenal. Takut letewww
Quote sarah_ary2 26-5-2023 07:12 PM
Bukan dia tertukar bag ke dgn org lain?sebab baca td mcm org tanya dia, x try contact ke owner bag tue dia bgtau dalam bag tue ada barang barang videographer tp
Xde business card so x dapat contacy
Quote nolya 26-5-2023 07:18 PM
Alhamdulillah, barang berharga dah dpt kembali.  Lain kali bawa beg yg bererti begitu harus ada mcm2 tag agaknya, jgn tinggalkan sebelah2 atau harus ada tali pengikat/leash di tangan. Gelabah jugalah bila barang berharga hilang diambil orang.
Quote margo20 26-5-2023 07:40 PM
Nasib baik tag tak kena remove kalau tak babai lerr

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-6-2023 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.074615 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top