CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Mabuk Tidur Dalam Kereta Tengah Jalan

26-5-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 187| Komen: 0

Description: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Difahamkanm kejadian berlaku ketika mereka hendak diperiksa dalam kejadian di Mutiara Rini di Iskanda ...
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Difahamkanm kejadian berlaku ketika mereka hendak diperiksa dalam kejadian di Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam.



Gambar hiasan

Pada kejadian 8.30 pagi itu, dua lelaki terbabit ditemui sedang tidur dalam kereta mereka yang berhenti di tengah Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, anggota MPV yang dimaklumkan berkaitan keadaan kereta terbabit kemudiannya bergegas ke lokasi.

"Tiba di lokasi, kedua-dua lelaki terbabit didapati sedang tidur dalam kereta berkenaan.

"Lelaki di bahagian penumpang kemudiannya keluar daripada kereta sebelum mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota MPV.

"Kedua-dua suspek kemudian ditahan dan seorang daripadanya tidak memiliki kad pengenalan," katanya pada kenyataan hari ini.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek dalam keadaan mabuk dan mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, seorang daripada suspek pernah ditangkap kerana terbabit dalam kongsi gelap dan kedua-duanya yang berusia 30-an juga mempunyai beberapa rekod lampau jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040793 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top