CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Menteri Kewangan Kan? Nak Tanya, Bila Nak Dapat E-Belia?"-Pelajar Perempuan Selamba Tanya Anwar Ibrahim

26-5-2023 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1537| Komen: 22

Description: Tular di media sosial rakaman seorang pelajar perempuan ‘selamba’ bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tular di media sosial rakaman seorang pelajar perempuan ‘selamba’ bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelajar yang dikenali sebagai Wawa bertanya kepada Anwar mengenai tarikh bantuan e-Belia dimasukkan.




“Menteri kewangan kan? Saya nak tanya, bila nak dapat e-Belia? Kata bulan empat, tapi ni dah bulan lima nak masuk bulan enam dah,” tanya Wawa.

Apabila ditanyakan tentang di mana datangnya sumber e-Belia masuk bulan empat, jawapan Wawa sangat mencuit hati.

“Ada banyak kaT TikTok kata, ada yang kat Google pun sama,” jawabnya.



Anwar menjawab soalan tersebut dengan berjanji akan menunakan tuntutan e-Belia pada bulan Jun.


“Wawa, kalau menteri kewangan kata, betullah. Tapi kalau TikTok kata… Nanti, ni menteri kewangan nak jawab.

“Wawa kata e-Belia bila nak dapat? Ni bulan lima kan, okaylah insyaallah bulan enam kita bagi,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan soalan dan jawapan pelajar tersebut.

Malah, ada yang mengatakan perbualan mereka seolah-olah seperti perbualan anak meminta duit kepada bapanya.

“Santai je anak muda sembang dengan pmx. Terbaik! sempoi PMX kita. Macam anak tanya ayah nak duit beanja. Comel je conversation ni,” tulis netizen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 26-5-2023 11:10 AM
berani budak pmpn tu tanya mcm tu. nasib gelak2. kalau serius je aku rasa mau guard dah halau kau keluar dik
Quote ResellerMaxis 26-5-2023 11:14 AM
mizruncing replied at 26-5-2023 11:10 AM
berani budak pmpn tu tanya mcm tu. nasib gelak2. kalau serius je aku rasa mau guard dah halau kau ke ...

PM nak merasa jadi abah mcm abah yidin dulu.
Quote matjerk 26-5-2023 12:22 PM
Teringat student medic yg tnya kt Dr Zakir Naik..psl yuran pengajian mahal dulu tu.. yg Dr Zakirbterkejut amount mentioned tu dikatakan mahal.. penuh dgn konfiden soalannnya.. YES! YES! bila DZN tnya berkali2 nk memahamkan soalan dia... dah jadi Dr kat mana dah budak tu agaknya?
Quote Buritan 26-5-2023 12:31 PM
Aku tunggu petrol turun rege je.. rm1.50
Quote zamzam 26-5-2023 12:32 PM
matjerk replied at 26-5-2023 12:22 PM
Teringat student medic yg tnya kt Dr Zakir Naik..psl yuran pengajian mahal dulu tu.. yg Dr Zakirbter ...

Ya budak tu kata 3 - 4 ribu setahun. Kesian sungguh bila tgk org yg tak mampu walaupun amount tu celah gg jer bagi kebanyakan kita.
Quote otai_g 26-5-2023 12:37 PM
Isk mcm kurang ajar pun ada. Ingt adik2 ko ke bdk? Respek la skit. Pmx tu da level2 atuk kot. 1 pelajaran yg x diajar di u, ilmu respek org.
Quote Radzor 26-5-2023 12:44 PM
bagus la. talk to post holder whoever you are.
Quote harkktuih 26-5-2023 12:48 PM
Rasa ni masa program ngan student vokasional langkawi aritu..
Quote myakayina 26-5-2023 12:50 PM
aku perati wan azizah je... tapi dlm ketawa2 pun pmx pun jawab ala2 mcm jawapan bapak ke anak je..siap ckp..wawaaaa....nasiblah wawa ni tanya klu tak ntah bulan brp dptnya..
Quote bottombikini 26-5-2023 12:57 PM
boleh dah tu tanya soalan pada yg berhak beri jawapan

tapiii simpan sikit la manja hang tuu
satgi dia ajak bermanja2 jugak camne hg nak jawab
Quote kotakominami 26-5-2023 12:59 PM
Haha...wawa ooi kalau sumber maklumat awak semua dari tiktok saye risau awak masuk kerja nanti....
Quote Beribear 26-5-2023 01:10 PM
Bagus lah adik tanya, tuan soalan pon tak melenting org lain yg panas. Iolss suka je budak² skrg ni. Haritu gaji bulan 4 lambat masuk pastu budak laki ni terus naik tanya akaun bila gaji masuk sbb saya takda duit. Dlm hati iolss gelak je sbb bangsa dia sendiri tanya dia mcm tu. Dia mentang² gaji besar takde hutang sbb tu tak kisah gaji lambat
Quote tom2 26-5-2023 01:20 PM
Edited by tom2 at 26-5-2023 01:21 PM

Alahai comel pulak malu2 tapi berani.
Quote tipah89 26-5-2023 01:23 PM
haha comel je budak ni tanya audience pun pakat gelak... rilex jugak pmx jawab santai2 gitu..
Quote whimsicalmusic 26-5-2023 02:02 PM
xnmpk comel tp mcm mengada2 je aku tgk hahah
Quote dua_chzy 26-5-2023 02:13 PM
Comel ke gini? Imagine korang bos pehtu dah kerja ngan korang dia cakap gini dengan korang, "bos kan? Nak tanya, bila dapat gaji?", korang yaqin mampo terhibur?
Quote dua_chzy 26-5-2023 02:14 PM
So weols glorify pangai biadap gini sebagai comel la ye sekarang? Emh.

Budak ni diharap kenal la Tunku Abdul Rahman.
Quote hyie 26-5-2023 02:26 PM
e-dompet rm200 ni pelajar akan dapat mulai 1 jun la nyehh...dan tak tertakluk umur 18 hingga 20 tahun sahaja, so semua yang bergelar pelajar akan dapat katanya.
Quote silampumeja 26-5-2023 02:54 PM
dua_chzy replied at 26-5-2023 06:13 AM
Comel ke gini? Imagine korang bos pehtu dah kerja ngan korang dia cakap gini dengan korang, "bos kan ...

hahaha...sebabtu lah kot my top management buat selective townhall. wakil dept hantar yg terpilih sahaja.lol

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.185156 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top