CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Walaupun Musim Panas Durian Laku Keras- Peniaga Jual Serendah RM7 Sekilo, 2 Tan Licin Sehari

26-5-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 193| Komen: 0

Description: TELUK INTAN –Walaupun cuaca panas, peniaga durian teruja de­ngan sambutan orang ramai apabila permintaan terhadap raja buah itu meningkat baru-baru ini.
TELUK INTAN –Walaupun cuaca panas, peniaga durian teruja de­ngan sambutan orang ramai apabila permintaan terhadap raja buah itu meningkat baru-baru ini.

Seorang peniaga, Muhammad Fauzi Muhamad Fadli, 36, berkata, dia menjual kira-kira dua tan durian sehari berban­ding 500 atau 600 kilogram pada hari-hari biasa.



Foto:Kosmo

“Disebabkan sambutan amat menggalakkan, saya terpaksa meningkatkan pengambilan buah tersebut dari dusun di Bukit Gantang.

“Kalau hari biasa sehingga petang pun belum tentu habis dijual, namun pada musim panas ini, ada masanya belum sampai tengah hari ia sudah habis terjual,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, dia menjual buah tersebut pada harga promosi iaitu antara RM13, RM10 atau RM7 sekilogram berban­ding antara RM18 hingga RM20.

Muhammad Fauzi menjangkakan permintaan terhadap durian akan bertambah minggu depan meman­dangkan orang ramai sudah mula balik kampung kerana cuti sekolah.


Ujarnya, antara jenis durian yang dijual termasuklah D18, D24, durian kampung dan musang king.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Abdul Rahman Mohd., 45, berkata, dia juga terpaksa menambah jumlah durian di premisnya kerana orang ramai berpusu-pusu untuk membeli buah tersebut.

“Ia tidak menghairankan kerana musim durian kampung sudah hampir tiba, jadi tak mustahil orang ramai yang mula datang membeli buah ini merupakan golongan peminat (durian kampung),” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.244749 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top