CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Tetap Nak Cerai, Farid Kamil Kata Cinta Masih Hangat, "Rasa Sayang Saya Bertambah-Tambah Pada Dia"

25-5-2023 03:39 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4575| Komen: 41|Original author: Saiful

Description: Farid Kamil sampai sekarang masih berharap dapat menyelamatkan rumah tangganya walaupun Diana Danielle tetap dengan pendirian mahu bercerai.
Farid Kamil sampai sekarang masih berharap dapat menyelamatkan rumah tangganya walaupun Diana Danielle tetap dengan pendirian mahu bercerai.

Kata Farid, perasaan sayang dan cinta terhadap Diana masih menebal meskipun sudah lama tidak bersua muka.



Foto: IG

"Harapan saya masih sama seperti dulu, rasa sayang saya bertambah-tambah. Saya harap hari ini saya dapat berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya.

"Mencari kata putus untuk sama-sama membesarkan dua anak kami," katanya kepada mStar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses Sulh bersama Diana pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Diana yang tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman sambil menunjukkan isyarat mini love kepada pemberita yang menanti kehadirannya tanpa sebarang komen.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.


Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 25-5-2023 03:47 PM
aku ingat masa mula2 dia kawin
dia kata dia larang diana makan nasi.. so diana akan kekal lansing takmo gemok2.. maintain slim muda gitu..
dah mcm suami diktaktor gitu... berundang2 ketat kekdahnya. king control...
mesti diana dah bosan la tu... dah la kepam kacip... bossy.. bleughh
https://ohbulan.com/farid-kamil-larang-diana-danielle-makan-nasi

Saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin. Dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya.

Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi.

Selepas bersalin pun dia tak makan nasi, belum boleh lagi. Tunggulah dalam masa enam bulan nanti.

Quote Rogue98 25-5-2023 03:53 PM
Kau cinta sorang2 jerlah Parit oiii...
Diana dah move on from toxic husband.
Quote dudaberhias 25-5-2023 04:03 PM
ko buat je lah bilik rahsia macam kat rumah dd tu...
lepastu ko bercinta sorang2 je lah sambil buat kacip patimah...
kalau nak yang real... acik bandi suriati ada je tu tengah beratur nak masuk line...

jadi lah rhoper bandi amuk sekalipun... masa tengah kacip bukan perasan pun cikki tu rhoper macam mana... mesti terbayang victoria secret model... walaupun sedar2 rhopernya bandi amuk rupa macam arnab jatuh dalam bendang kat sebelah...

Quote chilly 25-5-2023 04:06 PM
Ada chances ke kalau balik dkt orang mcmni kena pukul? Mana tau dia dendam ke? Otak aku ni ke lain pikir.
Quote syamzana 25-5-2023 04:10 PM
org taknak tu sudah la...baik laki or pompuan kalau salah sorg spouse uols dah terang2 menolak lepas kan je la. pastu tuntut la apa yg blh
kalau bersatu balik pun entah2 sorg bucu dapur sorg dok bucu sofa apa pekdahnya??
Quote kessah 25-5-2023 04:35 PM
dadih klu time bercakap mmg ko suruh tulis 100 pages ayat cintan cintun pon dia boleh
Quote umbut 25-5-2023 04:38 PM
Mat dadih memang mulut manis, byk je kes bini tetap ngan laki dadih sebab mulut manis pandai pujuk rayu acah2 insaf plus hebat diranjang kepuasan giteww.. pikirler emosi anak2.. yuckkkss
Quote sukacactus 25-5-2023 04:44 PM
Dia ni masih belum sedar dr mimpi
Nak kesian pun aku x sudi
Quote Fly_over 25-5-2023 04:46 PM

adoi la… makin bertambah tambah pulak ye
Quote jalfa 25-5-2023 04:58 PM
Jgn layan D..u deserve lg herlok.ingat kata kata acik porom time u nikoh..x de yg beri restu pon....ignore je zantan tu...yihhh
Quote naina 25-5-2023 10:53 PM
Masih suami isteri kan. Sepatutnya kena duduk bersama sampai sah bercerai. Sebab masih ada nafkah yang perlu dituruti. Tapi dah Gini punya cara..lepaskan jelah.
Quote rosedemon 26-5-2023 09:10 AM
ksian kan dia ni. gila talak
Quote shida81 26-5-2023 10:03 AM
Klu bini da tawar ati... Ko golek2 depan dia pun dia buat x tau je... Ko lepas kan je la dia..
Quote sr10 26-5-2023 10:07 AM
Macam mental jer, seram plak aku
Quote HoneyManjer 26-5-2023 10:30 AM
adoi
org dah tak sudi watpe lagi simpan...
lepas kan jer la
Quote marchikobonzo 26-5-2023 11:00 AM
Ke saja je nak delay? Pooodah
Quote emera 26-5-2023 11:05 AM
Nampak sgt saja nak kasi bini saiko.
Quote LaskarHijayu 26-5-2023 11:13 AM
cikatilia replied at 25-5-2023 03:47 PM
aku ingat masa mula2 dia kawin
dia kata dia larang diana makan nasi.. so diana akan kekal lansing ta ...

Mak oiiii... sampai gini sekali...
Quote bulalof 26-5-2023 11:22 AM
inilah semangat yg kita mahu......

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.070560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top