CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Tunggu Keputusan JKP, "Kita Akan Pergi Ke Hakam Kerabat Dan Selepas Itu Hakam Mahkamah"

25-5-2023 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1295| Komen: 11

Description: Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihaknya menunggu keputusan JKP (Jawatan Kuasa Pendamai) untuk melihat keputusan lanjut permohonan cerai Puteri Sarah terhadap suaminya Syamsul Yu ...
Peguam Syarie  Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihaknya menunggu keputusan JKP (Jawatan Kuasa Pendamai) untuk melihat keputusan lanjut permohonan cerai Puteri Sarah terhadap suaminya Syamsul Yusof.


Menurutnya, perkara ini bergantung kepada dapatan JKP dan sekiranya mereka memaklumkan perkahwinan ini tidak dapat diselamatkan, pihaknya akan melanjutkan kepada proses Hakam.

Foto: Harian Metro

"Kita akan pergi ke Hakam Kerabat dan selepas itu akan pergi ke Hakam Mahkamah.

"Patutnya hari ini keputusan ditentukan tetapi hakim saja nak dengar undang-undang yang sedia diguna pakai.

"Walaupun, dalam undang-undang tiada prosedur atau kaedah yang jelas bagaimana nak laksanakan prosiding JKP," katanya di temui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Akberdin berkata, jika boleh pihaknya mahu JKP membaca dapatan kes ini.


"Pencarian (finding) dia itu kita nak dia baca. Jadi jalan macam manapun kita nak dengar.

"Sewajarnya kita akan minta. Bagi kita apa yang pelanggan kita kata memang tak boleh lagi diselamatkan perkahwinan ini. Jadi kita minta satu langkah ke atas Hakam Kerabat," katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi untuk kes tuntutan permohonan Syamsul Yusof bagi melanjutkan perintah injunksi terhadapnya.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menolak permintaan Syamsul dan memerintahkan agar kes itu didengar secara interparte (kedua-dua pihak).

Diifahamkan, Syamsul minta dikecualikan untuk hadir pada sebutan pertama kes itu hari ini.

Syamsul dikatakan membuat perintah injunksi terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu bagi menghalang isterinya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di semua platform media sosial.

Abdul Halim turut mengarahkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu untuk memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes akan disambung semula pada 8 Jun depan.

Puteri Sarah tiba di mahkamah pada jam 2.30 petang, manakala Syamsul menyusul selepas itu apabila tiba sekitar jam 2.42 petang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung joy tu masih degil takmau lepaskan...

takut di perintahkan untuk bagi nafkah tetap kat anak ke macam mana...

dasar jantan dayus... tak padan dengan kontol kecik siap kena rendam gigi palsu dalam air garam malam2 tetap lah gigih nak berbini dua...

padahal ciknek hanya mampu tahan tak melbihi 3 minit... tu pun kena rendam dalam mangkuk dulu bagi kembang macam sotong kering....

Quote MeowPARSI 25-5-2023 04:15 PM
dudaberhias replied at 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung ...

Haha,, mana tau kontrol kecik nimmm
Quote Bipolajourney 25-5-2023 04:17 PM
dudaberhias replied at 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung ...

yang dude 28 minit kew
Quote jihyomelly 25-5-2023 04:23 PM
dudaberhias replied at 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung ...

tak menahan bab rendam dlm air bagi kembang

Quote emera 25-5-2023 04:29 PM
jihyomelly replied at 25-5-2023 04:23 PM
tak menahan bab rendam dlm air bagi kembang

Mcm len chee kang
Quote rosedemon 26-5-2023 09:10 AM
birah kaza tsenyum sinis
Quote Suchi 26-5-2023 10:14 AM
Berapa banyak peringkat la

Nih lebih menyakitkan hati berbanding menunggu parcel yg dah out of delivery sejak pg tapi tak juga2 sampai.
Sambung esok plak katanya pun tak juga sampai2, tau2 dia salah hantar kt umah org lain plak
Quote orkid_amani 26-5-2023 10:21 AM
Suchi replied at 26-5-2023 10:14 AM
Berapa banyak peringkat la

Nih lebih menyakitkan hati berbanding menunggu parcel yg dah out of deli ...

Hahahaha..Sama laa kaka..kemain out of delivery pagi.. Dari zohor sampai ke asar membawa ke magrib naaahhh hg..sampai nya nak dekat2 isyak ini kat area rumah aii laa sebab kebanyakan delivery man ni dok area2 sini ja..so balik kerja baru drop parcel..memula mcm eehhh knp sampai mlm baru hantar parcel.
Rupanya rumah dia satu Kawasan ja dgn aii
Quote abangadek 26-5-2023 10:31 AM
Samseng taik kuceng dgn ratu gelek bonggong pn kecut.. kalau rujuk kang kena cincang ngan ratu gelek, nk ceraikan sarah dia takut gila talak sarah dapat lelaki berganda lg helok.. itu yg menyiksa ank org bertahun2 tu.. kambus diri sendiri ja la sol2 hidup pn menambah kebencian org ja
Quote HoneyManjer 26-5-2023 10:32 AM
Edited by HoneyManjer at 26-5-2023 10:35 AM

aku hampir2 nk pakai hakam ni
Alhamdulillah laaa...Allah maha adil
kesian kat aku...Dia mudahkan urusan cerai
aku doa semoga urusan sarah pun dipermudahkan...
kesian juga kat dia
Quote da_vinci 26-5-2023 11:24 AM
aku yg tengok dan bacapun penat lagilaaaaa PS yg menanggungnya....gila betui sol...byknyew process Mahkamah Syariah ek.....takper laaa PS ko pegang satu janji Allah ni, jika ko memudahkan urusan org lain Allah berganda bagi jalan mudah pada ko, tapi kalau sebaliknya....nasib ko laaaaa sol....sedeyyy kehidupan ko ni sol senornyaaa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.091999 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top