CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 Balang Nutella Dan Coklat Putih Semua Pecah, Peniaga Berang Barang Rosak Guna Kurier Kapal Terbang

24-5-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1091| Komen: 9

Description: Seorang peniaga kecewa apabila bahan makanan yang mahu digunakan untuk berniaga rosak selepas dihantar menggunakan perkhidmatan penerbangan terkenal.
Seorang peniaga kecewa apabila bahan makanan yang mahu digunakan untuk berniaga rosak selepas dihantar menggunakan perkhidmatan penerbangan terkenal.

“Campak ke barang saya? Saya mahu penjelasan. 40 balang Nutella dan coklat putih semua pecah, macam mana nak berniaga?,” tulis kapsyen video itu.


Difahamkan barangan tersebut dihantar menggunakan penerbangan domestik.




Di ruangan komen rata-rata bersimpati dengan nasib peniaga, namun ada juga yang berpendapat kedua-dua belah pihak mempunyai kesalahan tersendiri.

“Pada pendapat saya, bungkusan barangan peniaga agak tidak sesuai untuk perkhidmatan kurier penerbangan. Kapal terbang ini ada tekanan yang tidak sama seperti di darat, tengok macam mudah sangat bungkusan,” kata Chilla.

“Sebab tekanan dalam kapal terbang, aku pernah bawa roti dalam kapal terbang dan roti itu kembung tunggu masa saja nak meletup. Jadi, aku tak rasa syarikat penerbangan yang salah,” kata Tyrah.


“Syarikat ini memang servis makin teruk, suka campak barang. Bagasi mak aku pun pernah pecah sebab mereka campak,” kata Ballerina.

“Bekas bertutup yang ada cecair di dalam ini selalunya tak boleh dihantar menggunakan penerbangan. Di atas sana tekanan tinggi, kalau bungkusan tidak kuat memang akan meledak,” kata Wawan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 24-5-2023 11:01 AM
Alahhh..bodohlah. tulisbjer syrikat mana
Quote prince_marhaen 24-5-2023 11:16 AM
adik ponen kesayangan abang anas ponen... produk cecair (coklat cair) dalam balang seal ketat memang akan burst sebab pressure semasa flight nok... nak pulak penuh dalam balang tu..melimpah ruah lah.. kapal turun naik, balang plastik confirm kemik pastu kembung... sebab tu biasa produk2 makanan & cecair lain naik kapal laut dik.. ada SOP dia nak bawak naik flight, ada level penuh dia, ada sukatan, ada jenis bekas dia... bukan sebarangan je nok..
Quote cikatilia 24-5-2023 11:32 AM
sbb tu la liquid tu ketat peraturan nya kalau nak naik kapal terbang nokss yihhh
packing pon mcm nak letak kat bonet kereta jah
Quote talapia 24-5-2023 12:29 PM
kalau dah macam gitu rupa damage nye.. jelas kelihatan kerosakan sebab air pressure.. takkanla kalau kena campak pon.. gitu jadinya? sure kaca berkecai.. bekas pecah bagai. ni nampak penutup mcm meletup gitu. Semua pulak tu. Kalau kena campak mungkin sebahagian je yg pecah n pelbagai rupa pecahnya
Quote PULANGKAN 24-5-2023 02:05 PM
simple, jelas lagi bersuluh, meletup disebabkan tekanan udara

bertabah lah, belajar dari kesilapan

jangan cepat menuding jari
Quote munahminah 24-5-2023 03:03 PM
Ni mesti aunty ja suka dessert punya ni.. ada kt ig dia tunjuk
Quote alesandra 24-5-2023 03:11 PM
Mmg laaaa courier  main campak2 je barang.ada syarikat handle lemah longlai  ke akak oii? kecuali la ada sticker fragile.itupun haihh....point dia skrg salah yg  menghantar le.dari segi packaging sampai la method dia hantar barang tu kt nko.
Quote prettyuglybabe 24-5-2023 03:31 PM
tengok sekali imbas tadi tali lilit air asia..
tapi tengok packagingnya tadi semua macam dalam kotak kayu besar..
sapa larat angkat kotak kayu besar gitu..
sah sah dia akan pakai lori kecik macam kat kilang tu..
so i pun percaya bukan kena campak tapi meletup sebab pressure..
Quote rosedemon 25-5-2023 08:13 AM
adan ukeee xbijak cmni la jadinya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.548273 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top