Musim panas mendorong pnduduk Orang Asli di Kampung Pasir Linggi serta Kampung Aring 5, Pos Lebir di Gua Musang, Kelantan memilih untuk tinggal dalam pondok buluh walaupun kerajaan telah menyediakan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Mereka memilih pondok kayu atau buluh kerana keadaannya lebih sejuk. Menurut penduduk Orang Asli, sejak lebih sebulan lalu sebahagian besar tinggal dalam pondok buluh yang dibina berhampiran rumah kekal mereka. Ini kerana mereka tidak boleh bertahan dengan cuaca panas melampau. Seorang penduduk, Ghani Alang berkata, mereka juga terpaksa mengehadkan aktiviti di kawasan kebun dan mengawal pergerakan anak atas faktor sama. "Cuaca panas ini memang saya tak tahanlah. Kita buat rumah buluh. Waktu malam baru balik sini. Memang tak tahanlah," katanya. Bagi Alias Panjang pula, mereka lebih gemar tinggal di dalam hutan kerana suasana lebih sejuk dan menyegarkan.
"Kita suka duduk di hutan sebab lebih sejuk. Cuaca terlalu panas sekarang. Dulu tak berapa panas," katanya. Pos Lebir dihuni oleh penduduk Orang Asli suku kaum Bateq dan Mendriq. SUmber:AWANI
|
atai: patut bagi aircond sekali..mungkin tahan 2/3 bulan sebelum berpindah kerana gagal bayar bil..
Orix replied at 24-5-2023 06:39 AM
org kelantan lepastu OA pulak tu, dabel triple la dia punya payah nak terima kemajuan n perubahan cu ...
gigahertz replied at 24-5-2023 07:43 AM
Kat Johor . Sultan Johor nak ambil alih tanah orang asli.
tanah orang asli akan di jadikan tanah ...
TabletSusu replied at 24-5-2023 09:46 AM
sultan ambik tanah OA ni, OA kena pindah ke mana nanti?
gigahertz replied at 24-5-2023 10:57 PM
Rasanya OA x kena pindah
Tapi pemilikan tanah dah xde. Jadi mcm menumpnag tanah org
Alasannya ap ...
dua_chzy replied at 25-5-2023 01:09 AM
Kat Johor ngan Pahang dulu aiol pernah jumpa group OA ngadu kena paksa masuk Islam kalau nakkan ruma ...
Menurut penduduk Orang Asli, sejak lebih sebulan lalu sebahagian besar tinggal dalam pondok buluh yang dibina berhampiran rumah kekal mereka
pasa replied at 24-5-2023 03:42 PM
Membongak nya la. Tanah utk org Asli sekiranya kerajaan negeri ad reserved kan utk org OA dah unde ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
7-6-2023 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.088473 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.