CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 18

Kerajaan Dah Sediakan Rumah PPRT Tapi Orang Asli Pilih Pondok Buluh Dalam Hutan Juga

  [Copy link]
Post time 24-5-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Musim panas mendorong pnduduk Orang Asli di Kampung Pasir Linggi serta Kampung Aring 5, Pos Lebir di Gua Musang, Kelantan memilih untuk tinggal dalam pondok buluh walaupun kerajaan telah menyediakan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Mereka memilih pondok kayu atau buluh kerana keadaannya lebih sejuk.




AWANI




Menurut penduduk Orang Asli, sejak lebih sebulan lalu sebahagian besar tinggal dalam pondok buluh yang dibina berhampiran rumah kekal mereka.


Ini kerana mereka tidak boleh bertahan dengan cuaca panas melampau.


Seorang penduduk, Ghani Alang berkata, mereka juga terpaksa mengehadkan aktiviti di kawasan kebun dan mengawal pergerakan anak atas faktor sama.


"Cuaca panas ini memang saya tak tahanlah. Kita buat rumah buluh. Waktu malam baru balik sini. Memang tak tahanlah," katanya.


Bagi Alias Panjang pula, mereka lebih gemar tinggal di dalam hutan kerana suasana lebih sejuk dan menyegarkan.


"Kita suka duduk di hutan sebab lebih sejuk. Cuaca terlalu panas sekarang. Dulu tak berapa panas," katanya.


Pos Lebir dihuni oleh penduduk Orang Asli suku kaum Bateq dan Mendriq.




SUmber:AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 11:18 AM | Show all posts
mostly semua pos OA meols pergi csr semua belakang / depan umah PPR kerajaan, diorang memang ada pondok kayu..kadang diorang duduk kat bawah kolong pondok tu je... maybe sebab lebih sejuk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 02:11 PM | Show all posts
culture shock mungkin

kejutan budaya mempunyai fasa. 4-5 peringkat gitu

bagi masa dan ruang untuk adaptasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 02:27 PM | Show all posts
ada certain OA mmg menolak kemajuan kan
bukan gomen x bagi bantuan tp depa yang x mau terima
bebaru ni p taman negara
ada aktivit melawat perkampungan org asli
bnyk benda2 yg iols baru tahu pasal OA ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 02:39 PM | Show all posts
org kelantan lepastu OA pulak tu, dabel triple la dia punya payah nak terima kemajuan n perubahan culture
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 02:49 PM | Show all posts
patut bagi aircond sekali..mungkin tahan 2/3 bulan sebelum berpindah kerana gagal bayar bil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hutan mmg lebih sejuk. Penyerap haba. Lebih2 lagi pokok buluh. Penyerap haba lebih baik berbanding papan. Iols pernah duk kat kawasan hulu masa musim kemarau. Belakang rumah tu hutan. Duk dalam rumah ok je. Tak rasa mcm kemarau. Tak yah pasang pasang aircond. Tapi bila keluar pergi depan laman mmg panas terik.


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 03:41 PM | Show all posts
atai: patut bagi aircond sekali..mungkin tahan 2/3 bulan sebelum berpindah kerana gagal bayar bil..

i tengah bayangkan rumah PPRT tu ada aircon . pastu hujung bulan TNB datang bagi bil
orang asli tu terkebil kebil tengok bil lektrik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 03:43 PM | Show all posts
Orix replied at 24-5-2023 06:39 AM
org kelantan lepastu OA pulak tu, dabel triple la dia punya payah nak terima kemajuan n perubahan cu ...

Kat Johor . Sultan Johor nak ambil alih tanah orang asli.
tanah orang asli akan di jadikan tanah kesultanan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 05:45 PM | Show all posts
OA ni kebanyakan xde keja tetap. maksud aku xde gaji bulanan. bagi rumah PPR kat dorg, mcmn dorg nak byr bil air api tu. unless semua tu free gomen tanggung.

OT: lama betul x jalan2 makan durian hutan OA jual tepi jalan naik cameron tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 05:46 PM | Show all posts
gigahertz replied at 24-5-2023 07:43 AM
Kat Johor . Sultan Johor nak ambil alih tanah orang asli.
tanah orang asli akan di jadikan tanah  ...

sultan ambik tanah OA ni, OA kena pindah ke mana nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian org asli kena tindas dgn gomen negeri ..makin lama mkin panas la sbb hutan gua musang tu dah hampir licin kena tebang dek balak..tapi mujur jgk ada org mcm siti kassim yg prihatin dgn nasib dorg
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 24-5-2023 09:46 AM
sultan ambik tanah OA ni, OA kena pindah ke mana nanti?

Rasanya OA x kena pindah
Tapi pemilikan tanah dah xde. Jadi mcm menumpnag tanah org
Alasannya apa ? Takut OA jual tanah pada org luar
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 24-5-2023 10:57 PM
Rasanya OA x kena pindah
Tapi pemilikan tanah dah xde. Jadi mcm menumpnag tanah org
Alasannya ap ...

Membongak nya la. Tanah utk org Asli sekiranya kerajaan negeri ad reserved kan utk org OA dah under JAKOA. Nak dibangunkan kene ad right to use Dari JAKOA bukan blh ambil cam tu je. Korang nak ke tanah JAKOA punya bangunan je milik korang.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh kerajaan membuang duit negara kpada mende yang tidak diperlukan. sekadar nak tulis pencapaian merit apa yg dah dibuat je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Johor ngan Pahang dulu aiol pernah jumpa group OA ngadu kena paksa masuk Islam kalau nakkan rumah batu.

Heh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2023 01:09 AM
Kat Johor ngan Pahang dulu aiol pernah jumpa group OA ngadu kena paksa masuk Islam kalau nakkan ruma ...

Macam sabah dulu, dah islam,ditinggalkan palak2 saja inda tau apa2. Rupanya taktik masih digunakan.
Kalau ada bimbingan berterusan inda pa la,kalau teda, kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Menurut penduduk Orang Asli, sejak lebih sebulan lalu sebahagian besar tinggal dalam pondok buluh yang dibina berhampiran rumah kekal mereka


Ada yang tertinggal tak baca perenggan ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 11:43 AM | Show all posts
pasa replied at 24-5-2023 03:42 PM
Membongak nya la. Tanah utk org Asli sekiranya kerajaan negeri ad reserved kan utk org OA dah unde ...

utk negeri lain terpakai la Jakoa tu semua.kat Johor. . . Sultan mengatasi segalanya.
Siapa yang nak keluar dari Malaysia - Johor.
Siapa yang rajin berbunyik - Johor.
Siapa ada military sendiri - Johor.
Siapa yang dedahkan percubaan rasuah Sultan ? - Johor.
Siapa yang sponsor orang gi haji ? - Johor.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.099064 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list