CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Doktor Kesan Ketumbuhan Baharu Di Payudara Marshanda, Dulu Terpaksa Pinjam Duit Untuk Rawatan Kanser

13-5-2023 10:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 625| Komen: 3

Description: Pelakon Marshanda berkongsi berita duka apabila kembali menghidap kanser selepas doktor mengesan terdapat ketumbuhan baharu pada bahagian payudara kirinya.Kata Marshanda atau Adriani Marshanda, 34, di ...
Pelakon Marshanda berkongsi berita duka apabila kembali menghidap kanser selepas doktor mengesan terdapat ketumbuhan baharu pada bahagian payudara kirinya.

Kata Marshanda atau Adriani Marshanda, 34, dia bakal melalui ujian pengimejan resonans magnet (MRI) bagi mengesahkan tahap kanser tersebut dan berharap ia masih di tahap yang boleh dirawat.



"Saya baru diberitahu bahawa ada tumor baharu di sebelah kiri (payudara). Saya bakal jalani MRI minggu hadapan.

"Saya hanya berharap yang terbaik, jangan sampai ada sesuatu yang tidak diingini oleh saya, keluarga dan orang-orang terdekat," katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

Marshanda sebelum ini mendedahkan dia menghidap kanser payudara yang mula dikesan sekitar Disember 2021 dan selamat menjalani pembedahan pada Jun 2022.

Sementara itu, berkongsi perjalanan hidup ketika dia berdepan masalahan kesihatan itu, Marshanda berkata dia juga melalui fasa kesulitan dari sudut ekonomi sehingga terpaksa meminjam duit daripada orang sekeliling.



"Semenjak sakit, keadaan ekonomi saya juga merosot. Saya harus meminjam duit dari orang sekeliling. Saya ingin orang tahu bahawa dalam kesulitan, kita tidak berkeseorangan.

"Saya tidak sangka akan jadi seperti itu. Namun sekarang saya sudah pulangkan kembali wang yang dipinjam," jelasnya.

Marshanda juga dikatakan tidak banyak menerima tawaran kerja sebelum ini dan perlukan membiayai kos tinggi bagi tujuan perubatan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 13-5-2023 02:58 PM
siannya ko marshanda, dh berhabis duit siap meminjam sana sini berubat, alih2 muncul ketumbuhan baru.. dulu comel giler ko ni, skrg pun masih comel, semoga sembuh ya.. ko pegi la buat content ngan baim, confirm view tinggi, ada la tambahan duit buat rawatan..
Quote kaedahnya 13-5-2023 05:08 PM
cantik dia ni. kesiannya.
Quote purebobsleigh 13-6-2023 03:34 PM
Dia cantik tetapi sangat malang dengannya. Berharap perkara baik akan datang!


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048731 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top