CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jennifer Lopez & Ben Affleck Gaduh Di 'Red Carpet', Tak Puas Hati Tentang Fesyen

14-5-2023 08:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1747| Komen: 12

Description: Gelagat pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menjadi bualan ramai apabila dikatakan bertengkar semasa berjalan di karpet merah tayangan filem The Mother, baru-baru ini.Memetik laporan Dai ...
Gelagat pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menjadi bualan ramai apabila dikatakan bertengkar semasa berjalan di karpet merah tayangan filem The Mother, baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, pasangan berkenaan dilihat 'bergaduh mulut' sebelum kedua-duanya memeluk antara satu sama lain ketika berada di depan kamera.



Katanya, pasangan berkenaan bertengkar mengenai pakaian yang dikenakan Jennifer.

Malah semasa bertengkar, Affleck juga meminta agar Jennifer tidak terlalu bimbang dengan penampilan isterinya itu.

"Jangan risau sayang, baju itu okay sahaja," katanya.


Pada Anugerah Grammy 2023 lalu, pasangan ini pernah menjadi tumpuan ramai apabila dilaporkan turut bertengkar di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa mereka bukannya bertengkar namun bergurau secara kasar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 14-5-2023 11:45 PM
Belum cerai lagi couple ni. Tengok pakcik ben tu dah macam serabut hidup dia dgn acik jlo. Stressful habis. Pintu kereta pun dihempas dek pakcik ben.
Quote alesandra 15-5-2023 05:26 AM
Nizleen86 replied at 14-5-2023 11:45 PM
Belum cerai lagi couple ni. Tengok pakcik ben tu dah macam serabut hidup dia dgn acik jlo. Stressful ...

Jlo ni suka bayar paparazzi ben pulak x suka.ntah kenapa perlu kawen pun aku x paham.
Quote BoongaKertas 15-5-2023 08:09 AM
yg iols baca, heols benci paparazi jer. hempas pintu tu sbb emo paparazi dok ngekor depa.
Quote marchikobonzo 15-5-2023 10:32 AM
trouble in paradise?
Quote Yoonggi 15-5-2023 03:05 PM
dah a few cite dah depa dua ni gaduh kan? tp lps tu mesti jen kata x gaduh pun. hehe
Quote gemazny 17-5-2023 02:46 PM
jlo umur dh 53 still cantik
Quote juruterra 17-5-2023 03:11 PM
gemazny replied at 17-5-2023 02:46 PM
jlo umur dh 53 still cantik

kan..tp xbernasib baik bab2 laki/BF.. selalu salah pilih. ke sheols yg bermasalah
Quote gemazny 17-5-2023 03:15 PM
juruterra replied at 17-5-2023 03:11 PM
kan..tp xbernasib baik bab2 laki/BF.. selalu salah pilih. ke sheols yg bermasalah

so sad.. tapi saje je nk bg tau movie die kat netflix title the mother best sgt
Quote juruterra 17-5-2023 04:56 PM
oooo best ka nampak smlm laki iols tgk movie tu. iols layan k drama je nowadays
Quote cattiecute 19-5-2023 03:09 PM
karma sebab ben tinggal jen garner untuk acik jlo ni
katanya acik jlo ni first love ben
Quote alesandra 19-5-2023 04:12 PM
gemazny replied at 17-5-2023 03:15 PM
so sad.. tapi saje je nk bg tau movie die kat netflix title the mother best sgt

Mother tu mcm enough ke? sbb ada review kata ada similarity?
Quote mimirahim 20-5-2023 08:29 PM
kesian, paparazzi mmg tak bagi dorg privacy. biasala manusia kdg terhmpas pintu, marah, sedih, normal human being . tapi kite mmg suke judge. ehhhh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047448 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top