CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jauh-jauh Datang Ke Bali, Gong Yuu Disuruh Jadi Tukang Ambil Gambar Pelancong

12-5-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1103| Komen: 7

Description: Jauh-jauh datang, Gong Yoo jadi tukang ambil gambar. Kehadiran pelakon terkenal Korea Selatan itu mencuri tumpuan apabila dilihat membantu mengambil foto pelancong ketika bercuti di Bali, Indonesia.Ko ...
Jauh-jauh datang, Gong Yoo jadi tukang ambil gambar. Kehadiran pelakon terkenal Korea Selatan itu mencuri tumpuan apabila dilihat membantu mengambil foto pelancong ketika bercuti di Bali, Indonesia.


Kompas melaporkan bintang filem Train To Busan itu sedang bersantai di tepi kolam renang sebelum didekati seorang pelancong asing yang memintanya mengambil gambarnya.


IG

Peminat yang memerhati pelakon Korea Selatan itu dari jauh sempat merakamkan aksi berkenaan sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Gong Yoo dilihat tampil tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek berwarna hijau yang dipadankan dengan cermin mata hitam dan topi.

Foto yang viral di media sosial itu mengundang pelbagai reaksi peminat.


mStar/Kompas


"Jauh-jauh datang ke Bali, tapi disuruhnya jadi tukang ambil gambar.

"Bang, itu Gong Yoo... Ada ke patut suruh Gong Yoo ambilkan foto," komen netizen.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai mogumogu berkongsi paparan skrin layar perbulan bersama kakaknya yang turut berjumpa Gong Yoo sedang bersantai di tepi pantai.

Untuk rekod, Bali sering menjadi destinasi bercuti selebriti Korea termasuk Kim Woo Bin, Ahn Bo Hyun dan Hyoyeon SNSD.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 12-5-2023 05:04 PM
Klu Tok Bali takda sampah, mungkinkah jd pilihan dorg jgk. Tp xleh la nk berbikini. Pastu apakan daya dari nk tolong bersihkan pantai ( kebersihan sebahagian dari iman), nk membangkit isu  konsert je.
Quote Thunderclouds 12-5-2023 05:04 PM
Gong yoo bukan tom cruise @ bro keanu dekk.
Bukan 1doniya tau cita train to busan mcm MI @ the matrix kurang².
Hapo.
Quote hokeypokey 12-5-2023 06:54 PM
ntah2 dia lagi suka camtu, org tak kenal dia dan layan dia mcm normal people..
Quote Mamiyan 13-5-2023 02:53 PM
sambaldurian replied at 12-5-2023 05:04 PM
Klu Tok Bali takda sampah, mungkinkah jd pilihan dorg jgk. Tp xleh la nk berbikini. Pastu apakan day ...

Dh bali tu byk beach ofc la pakai bikini chuollss. Sampah tu pun byk sbb pelancong ramai rehat2 kt beach tu la

Klu nk pantai yg tkde sampah pegi ke private beach
Quote Yoonggi 15-5-2023 03:08 PM
sporting je dia, tlg amikkan. cam typical tourist
Quote mamajawie 19-5-2023 11:24 AM
iollss klu nmpak dia pun iollss soh amik gmba meollss n anak2..koser lu sapa..haha
Quote iolss 25-5-2023 05:22 PM
klau i pon i pura2 suh dia amik pic i.. acah2 who are youss..br dia thrill nk lyn org yg xknl dia. pdhal i dlm ht mengeletis nk selfi laga2 pipi dgn dia

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.037920 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top