CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Macam Neraka Hidup, Michael J. Fox Ramal Tak Hidup Lama Sebab Derita Parkinson

2-5-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 407| Komen: 0

Description: Berikutan menghidap Parkinson, Michael J. Fox meramalkan dirinya tidak akan hidup lama.Memetik E News, pelakon berusia 62 itu berkata, dia seperti dapat merasakan hidupnya tidak akan mencecah sehingga ...
Berikutan menghidap Parkinson, Michael J. Fox meramalkan dirinya tidak akan hidup lama.

Memetik E News, pelakon berusia 62 itu berkata, dia seperti dapat merasakan hidupnya tidak akan mencecah sehingga usia 80 tahun dan akan meninggal dunia bersama penyakitnya itu.



Mike Coppola / Getty Images

"Anda tidak akan mati akibat Parkinson. Anda mati dengan Parkinson. Saya tidak akan merasa hidup sehingga umur 80 tahun," katanya menerusi satu temu bual dalam sebuah program televisyen iaitu CBS This Morning pada 30 April.

Pelakon filem Back to the Future itu disahkan menghidap Parkinson sekitar tahun 1991 ketika usia 29 tahun.

Sejak daripada itu, dia memperlahankan kerjaya seninya dan memberi tumpuan kepada Yayasan Michael J. Fox yang ditubuhkan untuk mencari penawar bagi merawat penyakit Parkinson.

Bagaimanapun, penyakitnya itu menjadi semakin teruk, seperti yang dikongsi dalam temu bual program televisyen berkenaan bahawa setiap hari menjadi lebih sukar.


Selama bertahun lamanya, aktor berkenaan mengalami ketakutan termasuklah faktor kesihatan lain.

Kata Michael, penyakit ditanggung selama 30 tahun itu sukar dihadapi dan dianggap seperti 'neraka hidup'.

"30 tahun saya berjuang dengan penyakit ini. Tidak ramai di antara kita yang mempunyai penyakit ini selama 30 tahun.

"Bagi sesetengah keluarga, ia merupakan satu mimpi ngeri dan boleh dianggap sebagai 'neraka hidup'.

"Anda perlu berurusan dengan realiti yang berada di luar pemahaman kebanyakan orang," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037768 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top