CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Scarlett Johansson Pencen Jadi Black Widow

1-5-2023 11:32 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 817| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Khabar mengejutkan hadir dari industri seni hiburan Hollywood selepas pelakon terkenal Scarlett Johansson mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri daripada Marvel Cinematic Universe.Memetik lapor ...
Khabar mengejutkan hadir dari industri seni hiburan Hollywood selepas pelakon terkenal Scarlett Johansson mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri daripada Marvel Cinematic Universe.

Memetik laporan Gamespot, Johansson yang memegang watak sebagai Black Widow membuat keputusan tersebut selepas berbincang rakan pelakon yang turut membintangi siri Marvel, Gwyneth Paltrow sebelum memutuskan untuk ‘pencen’ daripada memegang watak Black Widow.


“Saya sudah selesai membawakan peranan Black Widow dan mengumumkan mahu mengundurkan diri,” katanya.

Ujar pelakon berusia 36 tahun itu lagi, dia sudah berasa puas selepas memegang watak sebagai Black Widow selama 10 tahun sepanjang membintangi beberapa siri filem Marvel.

Johansson berharap keputusannya itu dapat diterima peminat seperti yang dilakukan oleh pelakon Chris Evans apabila turut mengambil keputusan serupa apabila mengundurkan diri daripada Marvel.



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-5-2023 02:10 PM
Harap2 yang ganti dia pon cun mcm dia
Quote alesandra 1-5-2023 02:17 PM
Aku suka dia ni.xyah la berlakon super hero.watak drama dia sesuai
Quote nazzse 1-5-2023 02:35 PM
I love her. No drama, no gossip murahan
Quote PULANGKAN 1-5-2023 03:18 PM
kesian dia ni

dalam plot avengers, dia ni watak kunci, penting dalam keseluruhannya

alih2, movie dia tak berapa best
Quote KamikuP 2-5-2023 11:13 AM
Baru tau rupanya dia ni ex wife si Ryan Reynolds
Quote juruterra 2-5-2023 11:51 AM
suka dia ni sweet je
Quote mizzmimi 11-5-2023 06:33 PM
Kan dia sue marvel studios pasal movie BW
Quote Yoonggi 12-5-2023 11:15 AM
alaaa, sapa yg akan ganti dia ni nnt?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042139 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top