CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bekas Suami Cabar Nikita Mirzani Lapor Polis Jerman Atas Tuduhan Curi Beg Gucci

3-5-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 669| Komen: 4

Description: IGSusulan dituduh Nikita Mirzani membawa lari sejumlah barang berharga termasuk tas jenama mewah, Gucci miliknya, bekas suami pelakon kontroversi Indonesia itu mencabar agar dirinya membuat laporan po ...
IG


Susulan dituduh Nikita Mirzani membawa lari sejumlah barang berharga termasuk tas jenama mewah, Gucci miliknya, bekas suami pelakon kontroversi Indonesia itu mencabar agar dirinya membuat laporan polis.

Antonio Dedola atau lebih mesra disapa Toni itu manafikan segala tuduhan dibuat Nikita yang menggelarnya sebagai pencuri.



“Sila laporkan saya pada polis. Saya ‘takut’ sekarang, kamu tak mahu mendengar kebenarannya dan kamu tak ingin orang tahu tentang sifat buruk kamu.

“Jadi, kamu dipersilakan datang ke Jerman. Saya bakal melaporkan kamu di Jerman dengan ancaman kekerasan rumah tangga,” katanya di media sosial.





Kisah Nikita, 37, dan Toni mengundang perhatian apabila pelakon yang dicop pelacur itu membongkar perihal peribadinya di media sosial.

Melalui video yang dimuat naik itu, pelakon Lihat Boleh, Pegang Jangan itu menjelaskan dia bernikah dengan Toni pada 22 Jan lalu.



Bagaimanapun, pernikahan secara rahsia itu tidak bertahan lama apabila Toni dikatakan melarikan diri dari rumah kerana mereka sering bertengkar akibat pemuda itu tidak suka dengan kritikan netizen terhadap hubungan mereka.



Toni mendakwa beg termasuk perhiasan lain yang dilarikan itu adalah pemberian hadiah daripada Nikita.

Nikita juga baru-baru ini mengakui menampar, melempar gelas serta membaling seterika pada Toni gara-gara sakit hati terhadap kata-katanya.

Untuk rekod, Nikita pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun kesemuanya tidak bertahan lama.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 3-5-2023 11:47 AM
kawin dengan toni dengan harapan dapat baka cantik / hensome..
Quote Sazreena 3-5-2023 12:39 PM
Ko tak reti ke cari expat yg kekaya kat sana..ni cari yg level bewak. Sedap la dia ditanggung free..dapat lubang lagi.
Quote jiwakacau06 3-5-2023 08:49 PM
abis semua ex laki buat musuh
Quote ina_na 5-5-2023 11:28 AM
Sazreena replied at 3-5-2023 12:39 PM
Ko tak reti ke cari expat yg kekaya kat sana..ni cari yg level bewak. Sedap la dia ditanggung free.. ...

Kalo bewak pun x sanggup..apatah lg yg kaya raya..baik cr baby2 muda2.. hehehe

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045770 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top