CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Langgar Perjanjian, Shakira Halang Gerard Pique Jumpa Anak

1-5-2023 09:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 476| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Penyanyi Shakira dikatakan enggan memberi kebenaran kepada bekas teman lelakinya iaitu pemain bola, Gerard Pique untuk bertemu anak-anak mereka.Pique yang merupakan warganegara Sepanyol terbang ke Mia ...
Penyanyi Shakira dikatakan enggan memberi kebenaran kepada bekas teman lelakinya iaitu pemain bola, Gerard Pique untuk bertemu anak-anak mereka.

Pique yang merupakan warganegara Sepanyol terbang ke Miami, Amerika Syarikat baru-baru ini untuk berjumpa dua orang anaknya itu namun tidak kesampaian.



Tindakan Shakira menghalang niat Pique itu juga bermakna dia telah melanggari perjanjian yang ditetapkan dalam soal hal penjagaan anak selepas mereka berpisah.

Mereka sebelum ini bersetuju untuk Pique bertemu anak-anak mereka selama 10 hari setiap bulan.

Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Shasha dan Milan.

Awal April lalu, Shakira membuat keputusan untuk berpindah ke Miami selepas dikatakan bertemu dengan kekasih baharu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.043892 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top