CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nikita Mirzani Cerai Kali Keempat, Bekas Suami Bawa Lari Barang Kemas Dan Beg Gucci Kesayangan

30-4-2023 04:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 890| Komen: 4|Original author: Tatod

Description: Selebriti sensasi Indonesia Nikita Mirzani membuat pendedahan dia sebenarnya sudah bernikah dengan teman lelakinya warganegara Jerman iaitu Antonio Dedola pada 22 Januari lalu.Bagaimanapun kata Nikita ...
Selebriti sensasi Indonesia Nikita Mirzani membuat pendedahan dia sebenarnya sudah bernikah dengan teman lelakinya warganegara Jerman iaitu Antonio Dedola pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun kata Nikita, pernikahan yang berjalan secara rahsia itu tidak bertahan lama dan memberitahu sudah bercerai dengan Antonio.


“Saya dan Toni (Antonio) bernikah pada 22 Januari 2023. Toni minta saya menikahinya dan hidup selamanya dengan bahagia.


“Saya masih ingat Toni menangis kerana tidak mahu kami berpisah,” katanya.

Dalam pada itu, Nikita berkata, Antonio melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di aplikasi WhatsApp.

Kata Nikita, antara punca rumah tangganya itu tidak bertahan lama disebabkan mereka sering bertengkar akibat Antonio tidak suka dengan kritikan netizen terhadap hubungan mereka.

“Mungkin saya salah dalam memilih pasangan. Saya mengajar dia tentang perniagaan supaya berjaya di Indonesia namun dia sering memberi alasan,” jelasnya.


Lebih menyedihkan lagi, Nikita mendakwa bekas suaminya itu membawa lari barang perhiasan miliknya selain sebuah beg tangan jenama mewah miliknya.


“Saya tidak kata dia pencuri, cuma tertanya-tanya kenapa dia melarikan beg tangan kesayangan saya. Beg Gucci itu menjadi idaman saya selama ini,” ujarnya.

Nikita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun semua hubungan tersebut tidak bertahan lama dan berakhir dengan penceraian.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 1-5-2023 07:11 AM
oh yang ni ke, yang sebelum ni heboh pasal pepagi dia bangun, mandi wajib dan tetap sembahyang subuh walaupun 'gaya hidup' dia yang agak panas tu? ke iols salah orang?
Quote KirazMevsimi 1-5-2023 07:13 AM
dah bercerai rupa nya dengan pasangan luar negara warga asing dia ni. takziah untuk keempat empat perpisahan anda
Quote KirazMevsimi 1-5-2023 07:13 AM
sempat eh bekas laki larikan harta benda isteri. tamalu tagunaaa
Quote makita 1-5-2023 10:47 PM
KirazMevsimi replied at 1-5-2023 07:11 AM
oh yang ni ke, yang sebelum ni heboh pasal pepagi dia bangun, mandi wajib dan tetap sembahyang subuh ...

Hahaha artikel mandi wajib tu siap gambar teks urat melingkar. Siap forumer duk kaji caner leh berurat2.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051177 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top