CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Krisdayanti Pernah Terima Bayaran RM4 Untuk Sekali Persembahan, Jadi Pembakar Semangat Untuk Berjaya

30-4-2023 09:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 301| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Penyanyi Krisdayanti mendedahkan pernah menerima bayaran sebanyak Rp15,000 (kira-kira RM4) untuk satu persembahan ketika di awal kemunculannya dalam industri muzik suatu ketika dahulu.Krisdayanti berk ...
Penyanyi Krisdayanti mendedahkan pernah menerima bayaran sebanyak Rp15,000 (kira-kira RM4) untuk satu persembahan ketika di awal kemunculannya dalam industri muzik suatu ketika dahulu.

Krisdayanti berkata, meskipun bayaran tersebut diterima ketika mengadakan persembahan di Pasar Baru, Jakarta Utara pada 1984 itu tidak setimpal namun dia tetap menerimanya.


Kata penyanyi lagu Menghitung Hari ini, bayaran diberikan tidak mematahkan semangatnya untuk mencipta nama dan penghinaan itu ternyata berbaloi.


"Itu kisah lama, pertama kali menyanyi saya hanya dibayar Rp15,000 tetapi saya tetap teruskan sehinggalah tawaran diberikan mencecah Rp2 juta (RM600) atau Rp7 juta (RM2,400)," katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

Pun begitu, Krisdayanti berkata, dia tetap bersyukur dengan bayaran diterima kerana ia membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk membuktikan diri sehingga mengecap kejayaan.


Katanya, di Indonesia penyanyi boleh meletakkan harga yang tinggi sekiranya lagu nyanyian mereka mendapat sambutan pendengar.

"Kalau dulu, lagu hit boleh terus naikkan harga bayaran yang tinggi tapi saya pilih menawarkan harga berpatutan," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 30-4-2023 09:54 AM
[youtube]17h7pKUC9s8[/youtube]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046428 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top