CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cha Eun Woo Buat Kemunculan Pertama Selepas Kematian Moonbin Astro, Masih Bersedih Pemergian Sahabat

1-5-2023 09:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 477| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Ahli kumpulan Astro, Cha Eun Woo mencuri perhatian peminat apabila membuat penampilan umum pertama sejak kematian rakan sekumpulannya, Moonbin pada 19 April lalu.Eun Woo muncul di acara Konnec Thai ia ...
Ahli kumpulan Astro, Cha Eun Woo mencuri perhatian peminat apabila membuat penampilan umum pertama sejak kematian rakan sekumpulannya, Moonbin pada 19 April lalu.

Eun Woo muncul di acara Konnec Thai iaitu merupakan sebuah majlis hubungan strategik antara Korea Selatan dan Thailand yang dianjurkan di Bangkok, Thailand pada 29 April lalu.


Memetik laporan Allkpop, peminat meluahkan rasa sedih apabila melihat kemunculan penyanyi itu selepas sembilan hari pemergiaan Moonbin.


Rata-rata peminat bersimpati melihat Eun Woo kerana dikatakan masih jelas terpancar kesedihan pada wajahnya.

"Kesakitan dan kepedihan hati masih terpancar di matanya. Saya bangga dengan awak walaupun dalam keadaan sedih, masih mampu muncul di acara karpet merah.

"Dia kelihatan seperti sedang cuba untuk bertenang dan nampak seperti kosong. Saya harap dia dapat mencari jalan untuk menyembuhkan kesedihannya," komen netizen.


Pada 19 April, industri K-pop dikejutkan dengan pemergian Moonbin yang ditemukan mati di kediamannya di daerah Gangnam sekitar pukul 8.10 malam.

Kematian Moonbin mula diketahui oleh pengurusnya yang datang ke sana dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menerusi laporan siasatan awal yang dikeluarkan, punca kematian adalah akibat dari bunuh diri namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurkaseh01 2-5-2023 12:43 AM
Nampk mcm dia masih trauma lagi
Quote Hoshhi 2-5-2023 01:36 AM
Nurkaseh01: Nampk mcm dia masih trauma lag ...

Ya betul. Baru nampak ada post lalu tu, eunwoo nangis masa nyanyi lagu apa tah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.104237 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top