CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rose Blackpink Dituduh Guna Dadah, YG Entertainment Bakal Ambil Tindakan Langgar Hak Privasi

15-4-2023 08:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1583| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Syarikat pengurusan kumpulan Blackpink, YG Entertaiment membuat kenyataan balas berhubung dakwaan kononnya salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rose terlibat dengan penyalahgunaan dadah.Desas desu ...
Syarikat pengurusan kumpulan Blackpink, YG Entertaiment membuat kenyataan balas berhubung dakwaan kononnya salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rose terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Desas desus itu mula tercetus selepas bekas ketua pegawai kreatif Burberry, Riccardo Tisci berkongsi foto ketika kunjungan ke rumah usahawan dan pereka fesyen busana Eva Chow pada 11 April lalu di Los Angeles.


Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram memperlihatkan Rose dan aktor Kang Dong-won turut menyertai kunjungan tersebut tetapi apa yang menimbulkan persoalan ramai adalah penampakan serbuk putih yang dilihat seperti dadah yang ‘dihidangkan’ di atas meja di hadapan Rosé dan Kang Dong-won.

Pada Khamis lalu, YG Entertainment memberikan maklum balas tentang perkara itu dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar hak dan privasi artis di bawah naungan mereka.


"Kami akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar hak dan privasi artis kami.

"Kami sedang memantau dan memerhati mereka yang membuat dan menyebarkan spekulasi berkenaan.

"Kami tidak akan berdiam dan akan bertindak tegas," kata pihak pengurusannya.


Gambar yang dikongsi Riccardo bagaimanapun telah dipadam. 

Peminat kumpulan Blackpink yang dikenali sebagai Blinks tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu supaya terus kuat. 

Blinks juga percaya bahawa  Rose sama sekali tidak akan melakukan perkara yang akan memusnahkan kariernya. - CARI


Sumber: ALLKPOP, SOOMPI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 15-4-2023 08:38 AM
Halah. Tak terkejut pun la. Tgk la badan diorang semua dlm group BP tu. Kepala beso, badan mcm mancis.
Gambar kat atas tu pun, muka masing2 mcm tgh rabak je.
Quote sarah_ary2 15-4-2023 12:24 PM
Ramai duk pertahankan atas meja yg putih tue corak meja tp apa kes yg dalam kotak hitam tue, ada coke punya syringe kalau xde pape org x delete gambar tue
Quote Nurkaseh01 16-4-2023 01:18 PM
Edited by Nurkaseh01 at 16-4-2023 01:24 PM

tapii  memamg rose ni banyak berkawan dengan drugs user ponn. Rose dengan jennie sama je. Yang suci cuma jisoo
Quote Whatsofunnyth 16-4-2023 06:13 PM
Nurkaseh01 replied at 16-4-2023 01:18 PM
tapii  memamg rose ni banyak berkawan dengan drugs user ponn. Rose dengan jennie sama je. Yang suci  ...

Rose ni maybe minum arak tapi klu drugs tk rase. Dia ni masi undercontrol la. Klu jennie tu mmg nampak liar sgt. Kaki party dan Iolls klu tengok J ni ada feeling mcm dia tu bisex
Quote Nurkaseh01 16-4-2023 11:18 PM
Whatsofunnyth replied at 16-4-2023 06:13 PM
Rose ni maybe minum arak tapi klu drugs tk rase. Dia ni masi undercontrol la. Klu jennie tu mmg na ...

Jennie tu entah kenapa jadi mcm tu, mcm dah liar sangat i tengok dlu takde la teruk sgt mcm ni
Quote nadie90 17-4-2023 01:23 PM
Tiba2 keluar gosip Rose & Kang Dong Won couple...sbb nak cover isu ni ka
Quote sarah_ary2 18-4-2023 08:55 AM
nadie90 replied at 17-4-2023 01:23 PM
Tiba2 keluar gosip Rose & Kang Dong Won couple...sbb nak cover isu ni ka

Yg ni sebab tetibe Kang Dong Won tue ada dalam gambar tue, kemungkinan Jennie really couple dgn Taehyung pun meningkat sebab Kang Dong Won memang berkawan baik dgn Tae
Quote sarah_ary2 18-4-2023 09:03 AM
Nurkaseh01 replied at 16-4-2023 01:18 PM
tapii  memamg rose ni banyak berkawan dengan drugs user ponn. Rose dengan jennie sama je. Yang suci  ...

Ai personally think memang Rose dgn Jennie party girls sebab dorang pun membesar dekat overseas, Jisoo katanya datang dr keluarga kaya, so maybe her upbringing pun different and lebih bersopan. But, Lisa pun quite suci jugak her life nampak xde lah dia berclubbing sgt. Jennie ni kan siap ada selfie dgn Alexander Wang yg controversial itu
Quote nadie90 18-4-2023 09:38 AM
sarah_ary2 replied at 18-4-2023 12:55 AM
Yg ni sebab tetibe Kang Dong Won tue ada dalam gambar tue, kemungkinan Jennie really couple dgn Ta ...

Huhuu lps tu tiba YG kluar statement dan nafikan gosip tu....sblum tu kata xmasuk cmpur urusan peribadi depa....ntahlah tapi klu betul pun hmmmmmm...

Haritu baca komen spa ntah kat sini sasaeng fans kata Rose couple dgn Suga....lbih prefer utk percy gosip sasaeng fans tu
Quote sarah_ary2 18-4-2023 10:46 AM
nadie90 replied at 18-4-2023 09:38 AM
Huhuu lps tu tiba YG kluar statement dan nafikan gosip tu....sblum tu kata xmasuk cmpur urusan per ...

Rose kene accuse kapel dgn Ceo Spotify jugak sasaeng ada cakap jugak Suga kapel dgn ahli girl group tp tak ingat group mana
Quote Whatsofunnyth 19-4-2023 12:15 PM
sarah_ary2 replied at 18-4-2023 08:55 AM
Yg ni sebab tetibe Kang Dong Won tue ada dalam gambar tue, kemungkinan Jennie really couple dgn Ta ...

Kang dong won ni bukan ke actor ex under YG ye? Maybe depa start jadi kawan sbb satu agency. Pelik pulak tetibe YG tukar statement ni

Tengok umah korean ni mcm anak tirikan BP je. Teringat politician korean yg viral sbb sabotaged the invitation from the first lady of usa
Quote shoyuna 20-4-2023 05:28 AM
Edited by shoyuna at 20-4-2023 05:29 AM

Hidang drugs kat meja tu dah benda biasa kot kat barat. Tapi sebab both ni celebrity esp Rose BP sangatlah popular, cepat je jadik viral.

Kang Dong Won ex-YG tapi dah left dec lepas. Baca kat twitter dan yang terserampak dengan deols kat satu restoran kat korea, teringat gosip KDG dengan Han Hyo Joo dulu. Fans pun pernah lihat both keluar together kat LA and Korea.
Ada thread kat twitter share pasal Rose & KDG wearing couple necklace, baju sama. Tak mustahil kot deols dating. Walaupun ai harap gosip ni tak betul
Quote sarah_ary2 20-4-2023 07:46 AM
Whatsofunnyth replied at 19-4-2023 12:15 PM
Kang dong won ni bukan ke actor ex under YG ye? Maybe depa start jadi kawan sbb satu agency. Pelik ...

Maybe jugak tp nampak mcm out of place suddenly lepak sama kat oversea without other members gitu penaakulan iols , YG kan memang mcm tue, mcm artis lain pun dia perap mcm tue mcm Lee Hi, ni nak kluar GG baru takut lagi frozen BP
Quote sarah_ary2 20-4-2023 07:46 AM
shoyuna replied at 20-4-2023 05:28 AM
Hidang drugs kat meja tu dah benda biasa kot kat barat. Tapi sebab both ni celebrity esp Rose BP san ...

Chuols nak Rose dgn sapo? Ahahahha

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052109 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top