CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Drake Bell Hilangkan Diri Selepas Gaduh Besar Dengan Isteri, Ugut Mahu Bunuh Diri

16-4-2023 09:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 520| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Pelakon Drake Bell dilaporkan membuat ugutan bunuh diri selepas bertengkar besar dengan isterinya, Janet Von Schmeling baru-baru ini.Drake yang menghilangkan diri selepas pertengkaran itu turut mengha ...
Pelakon Drake Bell dilaporkan membuat ugutan bunuh diri selepas bertengkar besar dengan isterinya, Janet Von Schmeling baru-baru ini.

Drake yang menghilangkan diri selepas pertengkaran itu turut menghantar ugutan sama kepada ahli keluarga lain.


Page Six melaporkan seorang anggota polis menerima laporan tersebut apabila seorang pelakon didakwa membuat ugutan mahu menggantung dirinya sendiri.


Meskipun tidak menyebut nama aktor tersebut namun sumber mengesahkan Drake adalah individu yang dimaksudkan pihak berkuasa.

Menerusi pesanan terakhir ditinggalkan pelakon itu, Drake merancang untuk minum minuman keras sehingga mabuk sebelum menggantungkan dirinya.

Aktor berkenaan dilihat kali terakhir pada Rabu lalu sedang apabila dia sedang memandu kereta miliknya jenis BMW berwarna kelabu bersama anak lelakinya.

Sementara itu, hasil siasatan polis mendapati Drake membuat panggilan ugutan itu di sebuah hotel di Orlando.

Drake bersama isteri dan anaknya.

Pelakon itu ketika ditahan polis memberitahu sengaja meninggalkan telefonnya di hotel tersebut kerana tidak mahu menjawab sebarang panggilan terutama daripada isterinya.

Drake dan Janet berkahwin pad 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jeremy Drake Bell.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-4-2023 10:34 AM
Sapo dia ni x kenai pon
Quote Weller 25-4-2023 10:14 PM
drake from drake and josh nikolodeon dulu...

Quote Blabbermouth 27-4-2023 03:34 PM
Kasihan tengok nasib2 selebriti barat. Gitulah bila tak ada pegangan agama dan hidup bertuhankan wang dan hidup yang lavish.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.044080 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top