CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jung Chae Yul Ditemui Mati Di Kediamannya, Tak Sempat 'Settle' Drama Wedding Impossible

13-4-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1238| Komen: 1

Description: Jung Chae Yul ditemui mati di kediamannya pada awal pagi kelmarin.IGKematian aktres Korea Selatan berusia 26 tahun itu benar-benar mengejutkan peminat kerana baru dua hari sebelumnya, dia memuat naik ...
Jung Chae Yul ditemui mati di kediamannya pada awal pagi kelmarin.


IG


Kematian aktres Korea Selatan berusia 26 tahun itu benar-benar mengejutkan peminat kerana baru dua hari sebelumnya, dia memuat naik hantaran di Instagram.



Bahkan, kematiannya juga mengejutkan industri K-drama khususnya dalam kalangan tenaga kerja produksi siri Wedding Impossible kerana dia dilaporkan sedang sibuk menyiapkan penggambaran siri web drama tersebut.

Syarikat pengurusannya iaitu Management S telah mengesahkan berita kematian Jung Chae Yul walaupun punca kematiannya belum diketahui.

“Kami berada di sini untuk menyampaikan berita yang menyayat hati. Pelakon Chaeyul (panggilan untuk Jung Chae Yul) telah meninggalkan kami.


Chae Yul mula dikenali ketika membintangi drama Zombie Detective.

“Pengebumiannya akan diadakan secara peribadi mengikut kehendak keluarganya, yang sudah pasti berada dalam kesedihan lebih besar berbanding orang lain.

“Kami berharap anda berdoa untuk pemergian Chae Yul yang juga ikhlas dalam lakonannya agar dia boleh berehat dengan aman,” katanya.

Jung Chae Yul sebelum ini pernah muncul dalam K-drama Zombie Detective sebagai pelakon pembantu. 


Sumber: BOOM!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 17-4-2023 02:43 PM
Kes depression lagi ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073118 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top