CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 1

Jung Chae Yul Ditemui Mati Di Kediamannya, Tak Sempat 'Settle' Drama Wedding Impossible

[Copy link]
Post time 13-4-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Jung Chae Yul ditemui mati di kediamannya pada awal pagi kelmarin.




IG




Kematian aktres Korea Selatan berusia 26 tahun itu benar-benar mengejutkan peminat kerana baru dua hari sebelumnya, dia memuat naik hantaran di Instagram.




  



Bahkan, kematiannya juga mengejutkan industri K-drama khususnya dalam kalangan tenaga kerja produksi siri Wedding Impossible kerana dia dilaporkan sedang sibuk menyiapkan penggambaran siri web drama tersebut.


Syarikat pengurusannya iaitu Management S telah mengesahkan berita kematian Jung Chae Yul walaupun punca kematiannya belum diketahui.


“Kami berada di sini untuk menyampaikan berita yang menyayat hati. Pelakon Chaeyul (panggilan untuk Jung Chae Yul) telah meninggalkan kami.




Chae Yul mula dikenali ketika membintangi drama Zombie Detective.




“Pengebumiannya akan diadakan secara peribadi mengikut kehendak keluarganya, yang sudah pasti berada dalam kesedihan lebih besar berbanding orang lain.


“Kami berharap anda berdoa untuk pemergian Chae Yul yang juga ikhlas dalam lakonannya agar dia boleh berehat dengan aman,” katanya.


Jung Chae Yul sebelum ini pernah muncul dalam K-drama Zombie Detective sebagai pelakon pembantu.




Sumber: BOOM!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 02:43 PM | Show all posts
Kes depression lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.735375 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list