CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ahmad Dhani Larang Once Nyanyi Lagu-Lagu Dewa 19

31-3-2023 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 410| Komen: 0

Description: Once, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 diberi amaran keras oleh Ahmad Dhani daripada menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu.Ia berikutan kumpulan itu sedang mengadakan konsert jelajah dan akan diteruskan se ...
Once, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 diberi amaran keras oleh Ahmad Dhani daripada menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu.

Ia berikutan kumpulan itu sedang mengadakan konsert jelajah dan akan diteruskan selepas Hari Raya Aidilfitri.



IG

"Saya mengumumkan bahawa saya secara khusus melarang Once untuk menyanyikan lagu Dewa 19 dan tidak sepatutnya ada konsert lain yang mengganggu konsert jelajah Dewa 19 ini," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Dhani berkata, larangan itu hanya terpakai kepada lagu ciptaannya untuk Dewa 19 sahaja. 

"Lagu-lagu yang saya ciptakan untuk T.R.I.A.D, Ahmad Band dan Reza Artamevia boleh dinyanyikan oleh Once. Larangan saya hanya khusus untuk lagu Dewa 19 sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Dhani juga menegaskan tentang isu royalti dengan berkata bahawa kewajipan membayar royalti bukanlah tanggungjawab penyanyi solo, tetapi ia adalah tanggungjawab penganjur.


Terdahulu, Once menerusi sebuah temu bual menjawab tuduhan bahawa pihaknya didakwa tidak membayar wang royalti kepada Ahmad Dhani semasa membawakan lagu-lagu kumpulan tersebut. 

Penyanyi itu menjelaskan bahawa isu berkenaan masih lagi dalam perbincangan.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047951 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top