CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rumah mewah suami aktres Thailand diserbu polis

1-4-2023 07:23 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5227| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Sebuah rumah mewah milik suami kepada aktres Thailand, Yardthip Rajpal menjadi antara 17 lokasi yang diserbu oleh Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) dan komando polis di Bangkok serta wilayah sekitarn ...
Sebuah rumah mewah milik suami kepada aktres Thailand, Yardthip Rajpal menjadi antara 17 lokasi yang diserbu oleh Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) dan komando polis di Bangkok serta wilayah sekitarnya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Serbuan itu adalah sebahagian daripada tindakan keras bagi membanteras rangkaian perjudian online.

Rumah mewah itu milik pengusaha hotel dan ahli perniagaan Phuket, Mek Rama. Dia berada di kediaman tersebut di Soi Yothin Patthana, daerah Bang Kapi, Bangkok semasa serbuan.

Sumber Thaiger

Pasukan polis menggeledah rumah itu yang mengandungi bilik rahsia dengan peti besi besar yang menyimpan barang berharga. 

Aset bernilai kira-kira 1 bilion baht (RM129,330,900) termasuk kereta Ferrari, BMW, dan tiga van dirampas daripada Mek, lapor portal berita Bangkok Post.

Ahli perniagaan itu ditahan di bawah waran tangkap kerana bersubahat dalam operasi perjudian online dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Dia dibawa ke pejabat CCIB di Chaeng Wattana untuk disoal siasat.

Serbuan itu mengakibatkan sembilan tangkapan, demikian menurut seorang pegawai polis, Leftenan Jeneral Worrawat Watnakhornbancha. – Agensi 


Sumbe: KOSMO! ONLINE 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-4-2023 12:32 AM
Woww seratus juta…
Quote afie_m 7-4-2023 10:08 AM
wow..wow..
Quote doridori_hi 15-4-2023 12:53 AM
Scammer Forex Youtuber Thais tu apa cita , viral dah muka sana sini , byk jugak yg kena scam ngan dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054999 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top