CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Belum Kahwin Tapi Teman Lelaki Bagi Dewi Perssik Semua Gaji Sebagai Bukti Cinta

30-3-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2658| Komen: 4

Description: Penyanyi dangdut Dewi Perssik yang dilamar juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan di Indonesia mendedahkan menerima wang bulanan daripada teman lelakinya itu, Rully.Lebih mengejutkan Dewi me ...
Penyanyi dangdut Dewi Perssik yang dilamar juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan di Indonesia mendedahkan menerima wang bulanan daripada teman lelakinya itu, Rully.

Lebih mengejutkan Dewi mendakwa Rully turut menyerahkan semua pendapatan bulanan kepadanya bagi membuktikan dia serius ingin memperisterikan penyanyi tersebut.




"Teman lelaki saya memberitahu berapa pendapatannya setiap bulan dan memberi saya wang bulanan.

"Apa lebih mengejutkan, selepas dia melamar saya sebagai isterinya, dia turut menyerahkan semua gajinya kepada saya sebagai bukti dia serius ingin berkahwin dengan saya," katanya seperti dilaporkan Insertlive.

Enggan terlalu gembira dengan apa diberikan teman lelakinya, Dewi turut mengingatkan Rully agar sentiasa mengutamakan keperluan peribadi sendiri.

Malah kata Dewi, dia berasa kurang senang dengan pemberian kekasihnya itu memandangkan mereka tidak mempunyai ikatan suami isteri.


"Saya ada minta dia utamakan dirinya terlebih dahulu tapi Rully beritahu jika saya perlukan apa-apa hanya perlu beritahu kepadanya," katanya.

Meskipun menolak tindakan baik Rully, Dewi tetap gembira dengan kesungguhan ditunjukkan lelaki itu kerana tidak pernah merasai dihargai sebelum ini.

"Selama ini saya yang bergelar 'suami' tapi kali ini saya benar-benar merasai perasaan dan kebahagiaan seorang isteri," luahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 30-3-2023 08:54 PM
terus? gue harus bilang wow gitu?
Quote Nurkaseh01 30-3-2023 09:00 PM
nafkah couple kahkahkah
Quote afie_m 7-4-2023 10:10 AM
untung lo, belum apa2 udah ada nafkah
Quote burungburung 14-4-2023 09:59 AM
dah kawen nanti kau pulak sara laki.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054346 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top