CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Suka Ganjil, Ikut Ajaran Baba Aziz Baca Bismillah 787 Kali," Ibu Neelofa Dihentam Kongsi Tips Merepek, Tak Ada Dalam Nas

28-3-2023 08:17 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16512| Komen: 156|Original author: Saiful

Description: Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed berkongsi mengenai amalan membaca Bismillah yang boleh dilakukan untuk membuka pintu rezeki.
Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed berkongsi mengenai amalan membaca Bismillah yang boleh dilakukan untuk membuka pintu rezeki.

Noor Kartini berkongsi pantang larang semasa mengamalkan bacaan berkenaan mengikut saranan seorang ulamak terkenal dari Thailand dikenali sebagai Baba Aziz.




"787 kali Bismillahi Rahmani Raheem. Selepas 40 hari kita akan nampak kesan dia, tak boleh tinggal. Tak boleh lebih, tak boleh kurang.

"Masa mama dapat ini, Baba Aziz kata satu Bismillah ini kalau diletak atas timbangan itu berat dia sama dengan isi bumi. Baca dia boleh pagi, petang dan kumpul sampai 787. Kalau baca berterusan 15 hingga 20 minit boleh siap.

"Kenapa 787 sebab Allah suka ganjil sebab itu tambah satu. Ramai yang kongsi bila amalkan Bismillah ini banyak perubahan dalam hidup kita," katanya menerusi sebuah video yang tular di TikTok.



Dalam perkongsian itu juga, Kartini turut berkongsi beberapa testimoni individu berjaya mendapat rezeki di luar jangkaan setelah mengamalkan ayat tersebut.

"Ada pengikut Baba Aziz kata dia amalkan, dari yang kerja biasa-biasa naik pangkat, duduk rumah biasa-biasa boleh duduk rumah semi-D. Banyaklah peningkatan dalam hidup dia.

"Ikut kepada hajat kita, Allah akan bagi berkesesuaian apa yang kita perlu tapi apa sahaja amalam kita kena yakin, InsyaAllah kita akan dapat."


Bagaimanapun perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada Penolong Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang meminta agar orang ramai tidak mencipta sesuatu perkara yang tiada dalam hadis mahu pun al-Quran.

Abu Hafiz turut meminta agar tip daripada selebriti seperti ini dihentikan kerana setiap amalan haruslah mengikut sunnah dan al-Quran.



"Hentikan ikut 'petua' selebriti. Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 itu sendiri sangat bermasalah.

"Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?"

"Agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara dan saudari. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada orang amalkan dan tak dapat seperti yang didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan," katanya menerusi Twitter.



Pandangan Dr Hafiz itu turut disokong oleh netizen yang rata-ratanya meminta orang ramai mendapatkan rujukan daripada ilmuwan agama bertauliah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 28-3-2023 08:27 AM
Kenapa
Tade org komenn? Kenapaa kenapaa kenapaa? I ols nak baca komen2 pedas
Forumers plishhh hahah
Quote Themilo 28-3-2023 08:34 AM
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 12:27 AM
Kenapa
Tade org komenn? Kenapaa kenapaa kenapaa? I ols nak baca komen2 pedas
Forumers plishhh hahah ...

sesungguhnya weols puasa dekkk..
Quote botok 28-3-2023 08:34 AM
Tu dia... Siap bukak halaqah kat perkarangan masjid nabawi pastu pi ajaq yg mengarut2 yg nabi sendiri x ajar... Ironi nooh?
Quote maitang 28-3-2023 08:35 AM
yang suka jadi ganjil tu manusia.. kuban kuban je nak jadi terpaling.
Quote toynme 28-3-2023 08:35 AM
malas nak komen....benak ramai....
Quote Dzahin_poch 28-3-2023 08:36 AM
Themilo replied at 28-3-2023 08:34 AM
sesungguhnya weols puasa dekkk..

Hahahahahahah pandai forumers jaga jari time
Puasa kann.. kahkahkahkah
Quote Buritan 28-3-2023 08:36 AM
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 08:27 AM
Kenapa
Tade org komenn? Kenapaa kenapaa kenapaa? I ols nak baca komen2 pedas
Forumers plishhh hahah ...

Org Tarak mo tmbh dose..   dose diri sendiri pun menggunung.. dose diri sendiri pun tak Tau bila boleh ditarah.. .. mcm mcm amalan org la ni demi utk kayeee.. aku pernah terbace zikir yg dlm u tube tuu pun Ade yg ngantar sihir pd pendengarnya . Ntah betul ntah idak...
Quote arffa 28-3-2023 08:37 AM
Depa ni hidup berpaksi duit ja, buat la apa pun tunggang agama pun takpa janji masyuk
Quote Mamioomami 28-3-2023 08:37 AM
Ayuh forumer sekalian.
Quote Peliktapibusuk 28-3-2023 08:38 AM
Xnak komen buruk2 tapi semua mengarut ye 787 la 786 la. Hati2 byk ajaran mengarut2 akhir zaman.
Quote AnnaSendin 28-3-2023 08:39 AM
Baba Aziz? Nama persis nama belah² paki sajork. Ajaran² macam nieyh kalau tak indon, paki.
Quote Dzahin_poch 28-3-2023 08:41 AM
Buritan replied at 28-3-2023 08:36 AM
Org Tarak mo tmbh dose..   dose diri sendiri pun menggunung.. dose diri sendiri pun tak Tau bila b ...

Ahakkss
Ni je lah yg x memakis thread lain penuh sesaja kan hahahahah ok
Lah saje
Memeriah kan suasana pagi iols
Since puasa ni we ols
Masuk kerja awal hahahah
Quote kamexkame 28-3-2023 08:44 AM
Pelik2 je ajaran.
Iols google baba aziz ni dah meninggal 2014
Quote Buritan 28-3-2023 08:45 AM
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 08:41 AM
Ahakkss
Ni je lah yg x memakis thread lain penuh sesaja kan hahahahah ok
Lah saje

Weiii aku tulis elok elok pun hangpa kata.. uhuk uhukkk
Quote Buritan 28-3-2023 08:46 AM
kamexkame replied at 28-3-2023 08:44 AM
Pelik2 je ajaran.
Iols google baba aziz ni dah meninggal 2014

Wafat boleh letak pd org alim ke.. bkn ayat wafat khas utk nabi je kann .
Quote kamexkame 28-3-2023 08:48 AM
Buritan replied at 28-3-2023 08:46 AM
Wafat boleh letak pd org alim ke.. bkn ayat wafat khas utk nabi je kann .

Kat mana tulis wafat tu. I tak play pun video macik ni. Dalam tu ke dia sebut?
Quote kamexkame 28-3-2023 08:50 AM
AnnaSendin replied at 28-3-2023 08:39 AM
Baba Aziz? Nama persis nama belah² paki sajork. Ajaran² macam nieyh kalau tak indon, paki.

Kalau ikut google orang pattani thailand
Quote Buritan 28-3-2023 08:52 AM
kamexkame replied at 28-3-2023 08:48 AM
Kat mana tulis wafat tu. I tak play pun video macik ni. Dalam tu ke dia sebut?

Aku google baba Aziz ni pas tuu Ade Le satu artikel tulis kewafatan bla bla tuan guru  bla bla . Nak tepek artikel tak reti..
Quote kucingitam 28-3-2023 08:57 AM
haih la..puasa2..jangan bukan2 boleh tak mama tini

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062709 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top