CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Almy Nadia Risau Kalau Bertudung Suami Cari Wanita Lain

28-3-2023 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9824| Komen: 88

Description: Datin Almy Nadia,36 sebenarnya dah lama berhasrat untuk berhijab seperti yang dituntut agama Islam.Namun, hatinya berbelah bahagi kerana bimbang jika sudah berhijab, suaminya berpaling kepada wanita l ...
Datin Almy Nadia,36 sebenarnya dah lama berhasrat untuk berhijab seperti yang dituntut agama Islam.

Namun, hatinya berbelah bahagi kerana bimbang jika sudah berhijab, suaminya berpaling kepada wanita lain.


Bagaimanapun, kata Almy, selepas berbincang dengan suami yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 43, dia nekad berhijab kerana Allah SWT pada Jun tahun lalu.

Foto: IG

"Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian.

"Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.

"Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu," katanya.



Mengenai penerimaan suaminya pula, kata Almy, Fizz tidak menghalang hasratnya untuk berhijab itu.

"Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.



"Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.

"Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik," katanya.

Berkongsi aktivitinya pada bulan Ramadan, kata Almy, masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan empat anaknya yang masih kecil di rumah.


"Saya sibuk menguruskan anak-anak di rumah kerana anak yang bongsu, Nur Afrina Aishah masih menyusu badan.

"Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7 untuk berpuasa penuh.

"Cuma Nur Afrina Ayra, 5, yang belajar berpuasa pada Sabtu dan Ahad kerana dia belajar di sekolah cina," katanya.

Pada masa sama, kata Almy, dia juga bagi hadiah untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh, contohnya hadiah mainan pada Ramadan tahun lalu.



"Sebelum ini kami bawa anak-anak menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tetapi bila ada anak kecil yang masih menyusu badan, kami hanya buat ibadah di rumah," katanya.

Sementara itu, kata Almy, Fizz juga memperlahankan aktiviti seninya pada bulan Ramadan kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama anak-anak.

"Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang 'family man' seperti Fizz. Dia lebih suka berbuka dan bersahur dari air tangan isterinya di rumah.

"Saya juga akan memasak juadah berbuka mengikut permintaan suami dan anak-anak," katanya.



Almy berkahwin dengan Fizz pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-3-2023 09:07 AM
Kalau laki nak cari lain xkisah hot ke sejuk beku ke bertudung ke tetek terjojol melawan graviti pon mmg ttp akan cari lain...
Quote taji2906 28-3-2023 09:07 AM
lama tak tengok dia.. sekali tengok, adoii kemain kembang lagi. happy agaknya.
semoga laki dia kekal setia.
Quote krustykrab 28-3-2023 09:21 AM
Mcm mana eh dia boleh kembang setaman mcm ni...
Quote orkid_amani 28-3-2023 09:24 AM
krustykrab replied at 28-3-2023 09:21 AM
Mcm mana eh dia boleh kembang setaman mcm ni...

Dia bg alasan sebab nyusu ank..org lain pun nyusu ank tapi xdak la makan mcm membela.. @ efek ambik perancang jugak..lapaq sentiasa..tapi dia ambik perancang ka?
Quote MissYouSayang 28-3-2023 09:27 AM
Ekceli sampai skrg iols takkkk percayaa badan sheols blh mengembang tahap 5x max begitu ... Kalo saiz berisi mcm citot quite okay la
Quote dewi_rina 28-3-2023 09:31 AM
Gemok takpe laki sayang, bertudung terus risau laki cari lain
Quote anilanil 28-3-2023 09:32 AM
Ayo dia punya alasan mmg rare. Datin taktau ke akak kedai buah gelas beso tu pon pakai tudung? Kalo gorgon nak gatal, tak kira tudung or free hair.
Quote xtinkerbellx 28-3-2023 09:36 AM
I tot menyusu buat makin kurus
Quote Moyangkucing 28-3-2023 09:38 AM
Harap2 kalau kurus semula nanti tidaklah berterbangan tudung tu ya datin...
Quote nordin84 28-3-2023 09:40 AM
anilanil replied at 28-3-2023 09:32 AM
Ayo dia punya alasan mmg rare. Datin taktau ke akak kedai buah gelas beso tu pon pakai tudung? Kalo  ...

gorgon ni bangsa ape plk?
dia xterpikir plk jantan cr lain kalau gemuk bkn sbb tudung.. xkan dlm bilik pki tudung kot.. ketahian
Quote yum3 28-3-2023 09:41 AM
FYI . Menyusu blh menguruskan badan lah . Mana ada boleh mengemokkan . Aduhai... Salah pemahaman tu cik kak Almy oiii....
Quote edayildiz 28-3-2023 09:43 AM
baik ko risau laki cari lain sbb gemukk
Quote slyfynx 28-3-2023 09:44 AM
Ni kisah zaman tok kadok bile ni?
Quote chekacheku 28-3-2023 09:44 AM
Apooo mewajibkan anak2 kecik berpuasa..adoila retis..
Quote Cleocatra 28-3-2023 09:45 AM
Saja dia letak alasan menyusu anak tak boleh nak diet
Dah tiap sabtu makan nasik lemak
Tak mungkin sebungkus
Tengok saiz perut, mau 5 bungkus sekali jalan
Quote Cleocatra 28-3-2023 09:45 AM
Saja dia letak alasan menyusu anak tak boleh nak diet
Dah tiap sabtu makan nasik lemak
Tak mungkin sebungkus
Tengok saiz perut, mau 5 bungkus sekali jalan
Quote laksmanabentan 28-3-2023 10:17 AM
Alhamdulillah... bahagia jer tengok Dato & Datin nih..
sweet jer... simple tapi elegant & classy style dia..
tak perlu mewah2 tapi tetap lawa kannn...

Quote LadyCarefree 28-3-2023 10:32 AM
"Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7 untuk berpuasa penuh."

Kesian budak2 ni. Dahlah ajar puasa = hadiah.
Quote anony-mous 28-3-2023 10:35 AM
Hahhaha nak tergelak i baca tajuk. Itu yg ko riso kan? Bdn mcm tu ko x riso?

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.312567 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top